Cikgu Baharim kini diberi tanggungjawab sebagai Guru Besar SK Haji Dahalan menggantikan Cikgu Zainab yang akan bertugas di SK Matang Jelutong.
Cikgu Baharim kini diberi tanggungjawab sebagai Guru Besar SK Haji Dahalan menggantikan Cikgu Zainab yang akan bertugas di SK Matang Jelutong.

SK Haji Dahalan sambut Guru Besar baharu! 'Semoga sekolah terus gemilang di bawah bimbingan & kepimpinan Cikgu Baharim'  

05 Aug 2025 04:13pm

Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Dahalan, Semanggol, Perak menyambut kehadiran Guru Besar baharu iaitu Cikgu Baharim Ismail, yang dilihat mampu membawa suntikan semangat dan hala tuju terkini dalam memacu kecemerlangan sekolah.

Berjiwa pendidik dan berpengalaman luas dalam dunia pendidikan, pelantikan Cikgu Baharim disambut penuh harapan oleh seluruh warga sekolah termasuk guru, kakitangan sokongan dan ibu bapa dalam satu majlis yang diadakan pada Isnin. 

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi sekolah, mereka amat teruja dengan kehadiran 'orang baharu' di SK Haji Dahalan.   

"Semoga dengan kehadiran tuan (Cikgu Baharim) membawa semangat baharu dan terus memacu kecemerlangan sekolah ini.

"Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Kami sedia berkerjasama demi kejayaan anak-anak didik ABC sekolah ini," tulis mereka. 

Cikgu Zainab yang pernah menggalas tugas sebagai Guru Besar SK Haji Dahalan sebelum ini, telah diraikan dalam satu majlis perpisahan yang penuh penghargaan dan emosi.
Cikgu Zainab yang pernah menggalas tugas sebagai Guru Besar SK Haji Dahalan sebelum ini, telah diraikan dalam satu majlis perpisahan yang penuh penghargaan dan emosi.

Sebelum ini, SK Haji Dahalan diterajui oleh Cikgu Zainab Abdullah, yang dikenang sebagai pemimpin berwibawa, penyayang dan amat dekat di hati murid dan guru.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang akan memulakan tugas baharu di SK Matang Jelutong, Perak telah diraikan dalam satu majlis perpisahan yang penuh penghargaan dan emosi.

Majlis tersebut diadakan sebagai tanda terima kasih atas segala jasa, kepimpinan dan sumbangan beliau sepanjang menerajui SK Haji Dahalan. 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp