Seawal jam 5.45 pagi, SK Kem Pakit sudah menerima kehadiran murid-murid yang penuh semangat untuk belajar.
Seawal jam 5.45 pagi, SK Kem Pakit sudah menerima kehadiran murid-murid yang penuh semangat untuk belajar.

Guru Besar terkejut, anak murid tiba di sekolah seawal jam 5.45 pagi. 'Kami rinduk datai skula cigu...'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
05 Aug 2025 12:21pm

Seawal jam 5.45 pagi, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Pakit, Sri Aman, Sarawak, Cikgu Ahmad Faizal Osman sudah tiba di sekolah.

Katanya, beliau perlu menyelesaikan beberapa urusan penting pada hari itu, termasuk menyiapkan dokumen berkaitan program Sekolah Angkat Madani yang akan dibawa ke 3 Briged.

Selesai menguruskan hal mustahak tersebut, Cikgu Ahmad Faizal atau Cikgu Emmet menuruni tangga pejabat menuju ke lobi bagi melihat beberapa murid yang hadir.

Tiba-tiba kilat memancar dan suasana terang di SK Kem Pakit bertukar gelap.

Ketika itulah kedengaran suara jeritan beberapa murid yang sudah berada di sekolah.

No Image Caption

Kemudian, Cikgu Emmet dan pengawal keselamatan bergegas ke gelanggang untuk menenangkan mereka.

Artikel Berkaitan:

Murid-murid dibawa berkumpul dan duduk di lobi, ditemani oleh guru-guru yang tiba awal.

Apa yang mengharukan Cikgu Emmet, jumlah murid yang sudah hadir pada waktu itu (5.45 pagi) agak ramai.

Hati kecilnya mula tertanya-tanya, pukul berapakah mereka sebenarnya datang?

No Image Caption

"Nama kebuah nuan datai tumu amai…(kenapa datang awal sangat)," tanya Cikgu Emmet kepada anak muridnya.

"Kami rinduk datai skula cigu...(kami suka datang sekolah cikgu)," jawab mereka.

"Mungkin mereka datang kerana ibu bapa terpaksa turun awal bekerja. Inilah perjuangan hidup," bisik hati Cikgu Emmet sambil mendoakan kejayaan anak-anak didiknya cemerlang dalam pelajaran.

Sumber: Facebook Cikgu Emmet Menulis

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp