Solidariti Bersama Palestin dihadiri hampir 300 warga UIAM.
Solidariti Bersama Palestin dihadiri hampir 300 warga UIAM.

Solidariti Bersama Palestin ratusan warga UIAM

28 Dec 2023 10:44am

Persatuan Mahasiswa Kulliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar (KAED ARCHIMIC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menganjurkan program Solidariti Bersama Palestin di KAED Gallery, UIAM, baru-baru ini.

Program dihadiri hampir 300 individu yang terdiri daripada mahasiswa, staf pentadbiran dan pensyarah, bertujuan menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam membebaskan negara mereka daripada penindasan rejim Zionis.

Sokongan terhadap penduduk Palestin ini bukanlah satu pilihan, tetapi ia tanggungjawab umat Islam dalam mempertahankan bumi Anbiya.

Pelbagai aktiviti telah disediakan sepanjang program berlangsung, antaranya Dekan Kulliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, UIAM, Profesor Ar Dr Abdul Razak Sapian menyampaikan tazkirah yang menyentuh sejarah negara Palestin dan pengorbanan rakyatnya dahulu hingga kini.

No Image Caption

Selain itu, turut diadakan solat Zohor berjemaah, solat hajat dan bacaan yaasin bersama peserta program.

Sementara itu, sebanyak RM600 berjaya dikumpul dalam kalangan penuntut menerusi Solidariti Bersama Palestin sekali gus kutipan disumbangkan kepada Cinta Gaza Malaysia.

Akhir sekali, mahasiswa kini telah menyedari tanggungjawab yang perlu dilakukan di dalam polemik Palestin, namun kefahaman dari sudut implementasi dan gerak kerja masih lagi kurang.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Justeru, program sebegini di peringkat universiti wajar diadakan secara berterusan kerana ia dapat membuka mata warga kampus terhadap isu-isu global khususnya konflik di Timur Tengah.

Malah, program ini boleh menjadi platform untuk pendidikan sivik dan penghayatan nilai-nilai kemanusiaan.

Maklumat Penulis

Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti), Kulliyyah Senibina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, IIUM, Dr Syakir Amir Ab Rahman

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp