Langkah pencegahan perlu segera diambil bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Kredit foto: Edward Jenner/pexels
Langkah pencegahan perlu segera diambil bagi membendung penularan wabak Covid-19. Kredit foto: Edward Jenner/pexels

Tindakan kawalan dan pencegahan penularan Covid-19 di institut pendidikan

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
10 Apr 2023 03:31pm

Statistik kes Covid-19 yang melanda negara meningkat secara mendadak dengan 11 kluster pendidikan telah dilaporkan baru-baru ini susulan daripada pembukaan semula sesi persekolahan pada pertengahan Mac lalu.

Peningkatan ini turut berpunca daripada pergerakan masyarakat yang banyak ketika musim cuti persekolahan yang lalu.

Melihat kepada statistik kes berkenaan, ia mengundang kebimbangan ramai pihak terutamanya ibu bapa dalam menjaga kesihatan dan keselamatan anak-anak di sekolah.

Sehubungan itu juga, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil pendekatan mengadakan langkah-langkah intervensi bagi membendung penularan wabak tersebut dalam kalangan pelajar sekolah.

Jom kita lihat langkah-langkah intervensi yang diambil

1) Menggalakkan pelajar, guru serta kakitangan sekolah membuat penilaian kendiri tahap kesihatan dan tidak hadir ke institut pendidikan sekiranya bergejala atau positif Covid-19.



2) Menjalankan saringan bergejala terhadap pelajar, guru dan kakitangan sebelum memasuki kawasan institut pendidikan.



3) Memperkasakan peranan ibu bapa atau penjaga untuk memantau status kesihatan anak selain bertanggungjawab tidak menghantar anak yang bergejala atau positif Covid-19 ke institut pendidikan.

Artikel Berkaitan:



4) Memberi penerangan dan pendidikan berterusan kepada pelajar, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa atau penjaga mengenai jangkitan Covid-19.



5) Memberi taklimat keselamatan kepada penyedia perkhidmatan sokongan dan membuat penegasan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan wabak Covid-19.



6) Mengambil tindakan segera sekiranya pelajar didapati bergejala atau positif Covid-19 berdasarkan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).



7) Menyediakan bilik isolasi bagi tujuan menempatkan pelajar bergejala atau positif Covid-19 secara berasingan sebelum mendapatkan rawatan.



8) Menjalankan penilaian risiko penularan jangkitan Covid-19 di institut pendidikan dari semasa ke semasa supaya tindakan pencegahan dapat segera diambil.



********

Sinar Bestari juga ingin berkongsi SOP pengurusan institut pendidikan sekiranya terdapat warga sekolah melibatkan pelajar, guru serta kakitangan didapati bergejala atau positif Covid-19.



1) Menyediakan bilik isolasi bagi tujuan menempatkan pelajar bergejala atau positif Covid-19 secara berasingan sebelum mendapatkan rawatan.



2) Memberi penerangan dan pendidikan secara berterusan kepada pelajar, guru, warga sekolah serta ibu bapa mengenai penularan wabak ini.



3) Memberi taklimat keselamatan kepada penyedia perkhidmatan sokongan dan membuat penegasan supaya sentiasa mematuhi SOP pencegahan penularan Covid-19.



4) Mengambil tindakan segera sekiranya pelajar didapati bergejala atau positif Covid-19 berdasarkan SOP yang telah ditetapkan KKM.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp