No Image Caption

15 sekolah di garisan penamat!

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
01 Dec 2025 10:13am

Selepas bermingguminggu mengembara dari satu sekolah ke satu sekolah, akhirnya program Jelajah TV PSS Sinar Bestari Bersama Air Selangor X BoBoiBoy menutup tirai dengan penuh gaya.

Pengakhiran yang ditunggutunggu itu bukan sekadar menandakan tamatnya siri kunjungan 15 sekolah terpilih, tetapi merakam semangat, keterujaan dan kesungguhan pelajar dalam mempelajari kepentingan menjaga sumber air.

Di setiap lokasi, aura keceriaan jelas terpancar membuktikan bahawa pendidikan kreatif mampu menghidupkan minat dan mencetus perubahan kecil yang bermakna dalam komuniti sekolah.

Lebih istimewa, jelajah ini membuka ruang kepada pelajar untuk menunjukkan keberanian mereka mencuba perkara baharu, terutama ketika mengendalikan aktiviti berkumpulan dan menjawab kuiz bersama Air Selangor.

Kini, selepas 15 hentian penuh pengisian, perjalanan berakhir dengan kenangan tersendiri yang pasti terus segar dalam ingatan warga sekolah.

Jom, kita kenangkan!

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Program Jelajah TV PSS Sinar Bestari Bersama Air Selangor X BoBoiBoy tamat setelah mengunjungi 15 sekolah terpilih
  • Pengakhiran program memperlihatkan semangat dan kesungguhan pelajar tentang kepentingan menjaga sumber air
  • Aura keceriaan terpancar di setiap lokasi menunjukkan pendidikan kreatif dapat membangkitkan minat pelajar
  • Jelajah ini memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba perkara baharu dan mengendalikan aktiviti berkumpulan
  • Perjalanan jelajah berakhir dengan kenangan yang akan kekal segar dalam ingatan warga sekolah
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp