
Di sebalik perubahan pendidikan
Tahun 2025 menjadi saksi kepada perubahan besar dalam lanskap pendidikan negara, didorong oleh usaha berterusan warga pendidik dan pelajar menyesuaikan diri dengan tuntutan masa depan.
Sepanjang 12 bulan ini, bilik darjah bukan sekadar ruang pembelajaran, malah medan membina daya tahan, kreativiti dan keyakinan dalam menghadapi cabaran era digital.
Penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) semakin meluas, sementara bidang (TVET) dan (STEM) terus membuka peluang baru dengan pencapaian pelajar yang membanggakan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
Dalam masa sama, penekanan terhadap kokurikulum, kepimpinan dan kebajikan pelajar membuktikan pendidikan bukan hanya soal akademik tetapi tentang membentuk insan seimbang dari segi ilmu, nilai serta sahsiah.
Sinar Bestari minggu ini menghimpunkan detik-detik penting sepanjang tahun sebagai refleksi, penghargaan dan panduan menuju masa depan pendidikan negara.
Mari kita imbas bersama!
Ringkasan AI
- Tahun 2025 menjadi saksi kepada perubahan besar dalam lanskap pendidikan negara
- Bilik darjah menjadi medan membina daya tahan, kreativiti dan keyakinan dalam era digital
- Penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan semakin meluas dalam pendidikan
- Bidang TVET dan STEM membuka peluang baru dengan pencapaian pelajar yang membanggakan
- Penekanan terhadap kokurikulum, kepimpinan dan kebajikan pelajar menunjukkan pendidikan membentuk insan seimbang