No Image Caption

Dimensi ilmu pengekodan masa kini

08 Jul 2024 04:35pm

Pembelajaran dalam bidang pengekodan atau lebih mudah dikenali sebagai coding melibatkan murid yang bermula dari peringkat rendah, dapat membantu meningkatkan kemahiran mereka mendepani kemajuan teknologi masa kini.

Justeru, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memperkenalkan pengekodan ini dengan menerapkan topik pembelajaran berkenaan dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

Menariknya, mereka yang menguasai kemahiran pengekodan bukan sahaja dapat mempraktikkan ilmu menerusi sains komputer tetapi juga boleh menggunakannya dalam bidang robotik yang semakin menjadi tumpuan hari ini.

Edisi kali ini, Sinar Bestari bawakan kemahiran pengekodan murid sekolah rendah sebagai maklumat tambahan kepada pembaca, sekali gus menarik minat mereka yang bercadang menguasai skil berkenaan.

Jom kita teroka!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp