No Image Caption

Fisioterapi & Senaman Untuk Gamers

15 Jul 2024 10:58am

Bermain permainan video atas talian begitu popular dalam kalangan individu pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Tentu sekali kerana ia menyeronokkan serta mampu menghilangkan tekanan.

Ia boleh diakses dengan mudah pada bila-bila masa, sekali gus menyebabkan para pemainnya teruja, bersemangat dan sanggup menghabiskan banyak masa dengan aktiviti itu.

Gara-gara leka dan ketagih dengan permainan video atas talian, ramai pemain khasnya para pelajar sekolah berhadapan masalah kesihatan sehingga ada di antara mereka memerlukan rawatan fisioterapi.

Paling teruk, pemain akan melalui fasa gangguan kesihatan mental seperti kebimbangan, kemurungan dan tekanan yang berlebihan akibat keterujaan mereka terhadap permainan online.

Minggu ini, Sinar Bestari bawakan kepada anda kupasan mengenai rawatan fisioterapi dan senaman mudah yang perlu dilakukan pemain selepas menghadap permainan atas talian tanpa henti.

Jom dapatkan maklumat!

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp