Kopi biji mangga inovasi mahasiswa UPM
Di Malaysia, buah mangga cukup mudah didapati.
Isi buahnya yang manis sering menjadi bahan utama sebagai hidangan pencuci mulut mahupun minuman berjus.
Namun, buah yang penuh dengan serat itu hanya dimakan isinya tetapi biji dibuang terus.
Menariknya, sekumpulan mahasiswa dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menginovasikan biji mangga menjadi serbuk kopi yang selamat diminum oleh pengguna.
Kebijaksanaan mahasiswa negara kita khasnya dari UPM ini sekali gus membanggakan institusi pengajian, malah bakal diangkat ke peringkat antarabangsa.
Ia dapat dilihat menerusi penghasilan produk inovasi oleh mahasiswa UPM dengan hanya berbekalkan biji mangga.
Menarik untuk bercerita lebih lanjut, Sinar Bestari kongsikan kisah dengan lebih terperinci mengenai inovasi oleh sekumpulan mahasiswa hebat ini.
Jom kita teroka!