No Image Caption

Maritim Malaysia: Pahlawan samudera negara

23 Sep 2024 11:10am
A
A
A

Daratan Malaysia dikelilingi pinggir laut seperti Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Selat Melaka menjadikan negara ini mempunyai pulau, teluk, tanjung dan lagun.

Disebabkan struktur muka bumi ini juga menjadikan sempadan maritim Malaysia agak dekat dengan negara jiran antaranya Indonesia, Filipina, Vietnam dan Brunei.

Hal ini menjadikan Malaysia terlibat dalam menjalinkan hubungan perdagangan melibatkan industri maritim global, namun dalam masa yang sama kedudukan itu juga mendedahkan negara ini kepada pelbagai ancaman dan kes-kes jenayah rentas sempadan.

Justeru, pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan dan keharmonian negara khususnya di kawasan perairan meskipun tanah air sudah 67 tahun mencapai kemerdekaan.

Menarik mengetengahkan kerjaya ini, Sinar Bestari dapatkan temu bual eksklusif bersama pegawai Maritim Melaka dan Negeri Sembilan bagi menyuntik semangat adik-adik yang berminat menceburi bidang berkenaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok