No Image Caption

Sinar Bestari sudah 7 tahun!

19 Apr 2024 05:03pm
A
A
A

Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya Sinar Bestari sudah memasuki usia tujuh tahun pada 4 April lalu.

Berikutan itu satu sambutan ringkas tetapi meriah telah diadakan yang turut dimeriahkan bersama-sama pengunjung Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 di Dataran Karangkraf, Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.

Acara yang dilangsungkan sekitar jam 6 petang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran bukan sahaja pengunjung program iftar tetapi anak-anak yatim dari Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Jawa, Petaling, Selangor.

Sambutan ulang tahun ini juga tidak lengkap rasanya tanpa tajaan kek dan pulut kuning daripada para penaja.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Taylor’s University, Universiti Multimedia (MMU), Hospital Pakar KPJ Rawang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Trio Hauz, Concorde Hotel Shah Alam dan Chef Asma Culinary Studio kerana sudi memeriahkan majlis ini bersama-sama keluarga Sinar Bestari.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok