Mohammad Pauzi (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Noorisah (kanan).
Mohammad Pauzi (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Noorisah (kanan).

Alumni bantu aktiviti iftar di UMS

04 Apr 2024 07:15am
A
A
A

Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Pertubuhan Alumni UMS telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000 kepada Pusat Islam UMS (PIUMS) sebagai sumbangan kepada aktiviti iftar di UMS.

Sumbangan tersebut disampaikan Timbalan Presiden Pertubuhan Alumni UMS yang kini menjalankan fungsi Presiden pertubuhan, Mohammad Pauzi Jhumat kepada wakil Pengarah PIUMS, Noorisah Taljid dalam satu acara ringkas di bangunan PIUMS.

Turut serta dalam sesi penyerahan tersebut Biro Penglibatan Global Alumni, Suhaimie Sahabuddin; Biro Pendidikan dan Kerjaya Alumni, Mohd Syafwan Sapiee dan Setiausaha Agung, Dayangku Rozlina Datuk Pg Aliuddin

Menurut kenyataan media Pertubuhan Alumni UMS, sumbangan tersebut adalah bagi membantu pihak PIUMS dalam aspek penyediaan juadah berbuka puasa di masjid universiti tersebut.

“Pertubuhan Alumni UMS amat prihatin terhadap usaha PIUMS yang menyediakan juadah berbuka puasa hampir setiap hari kepada warga UMS khususnya kepada mahasiswa yang berada dalam kampus.

“Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan dan memudahkan urusan berkenaan,” demikian menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok