
Terbang ke Rusia pelajari ilmu perubatan
Menuntut ilmu di luar negara bukan sesuatu yang asing bagi pelajar Malaysia yang bercita-cita tinggi, terutama dalam bidang perubatan.
Rusia, sebuah negara yang terkenal dengan kecemerlangan akademiknya dalam sains dan teknologi, menjadi destinasi pilihan bagi segelintir anak muda tempatan yang berani menyahut cabaran.
Meskipun terpaksa berjauhan lebih 8,000 kilometer daripada keluarga di tanah air dan berhadapan dengan perbezaan budaya serta cuaca ekstrem, semangat mereka tetap kental demi mengejar impian bergelar doktor.
Namun, sejauh manakah cabaran dan pengalaman yang perlu mereka tempuh?
Ikuti perkongsian pelajar cemerlang, Nurnamimi Izumie Noor Sarikein sepanjang perjalanan dan pengorbanannya mengejar cita-cita dari kecil bersama Sinar Bestari.
Jom kita teroka!