No Image Caption

Utamakan ilmu, ‘influencer’ bukanlah kerjaya

05 Feb 2024 12:47pm
A
A
A

Kerjaya seorang pempengaruh (influencer) pada hari ini, semakin mendapat tempat di hati anak-anak muda khususnya pelajar sekolah.

Mana tidaknya, dengan kreativiti, idea dan gaya penampilan dalam menutur setiap bait kata sebenarnya memberi pengaruh kepada para pengikut.

Apatah lagi dengan kemunculan media sosial baharu seperti TikTok yang membantu para pempengaruh menjana pendapatan sampingan, malah ada juga di antara mereka mampu memperoleh keuntungan lumayan.

Namun, tahukah anda situasi ini mengundang unsur negatif apabila semakin ramai pelajar yang berminat menjadi pempengaruh sehingga hilang fokus dalam menuntut ilmu.

Sinar Bestari kongsikan pandangan pendidik, ibu dan bapa serta pelajar mengenai impak pempengaruh terhadap dunia pendidikan.

Jom kita!

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok