KEMBAR-UNIMAP-SINARBESTARI-2022
KEMBAR-UNIMAP-SINARBESTARI-2022

2 pasangan kembar kebanggaan keluarga, graduasi serentak

nadzarul.amir
27 Nov 2022 04:32pm
A
A
A

Dua pasangan kembar adik-beradik pahat memori tidak ternilai apabila graduasi serentak pada Istiadat Konvokesyen ke-16 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) baru-baru ini.

Pasangan berkenaan merupakan Nur Fatin Adili Ibrahim dan Nur Fatin Adila, 23 manakala kakak mereka, Nur Fatin Adina serta Nur Fatin Adini, 24.

Nur Fatin Adili dan Nur Fatin Adila meraih Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa manakala Nur Fatin Adina serta Nur Fatin Adini pula menempa kejayaan dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan.

Nur Fatin Adila berkata, titipan doa ibu bapa tidak ingin empat beradik itu berpisah jauh menyebabkan mereka melanjutkan pengajian di UniMAP.

"Lebih membanggakan apabila kami sama-sama dapat graduasi serentak menjadikan kejayaan ini lebih manis.

"Saya dan Nur Fatin Adili memilih melanjutkan pengajian ke UniMAP pada September 2017 manakala kakak pula awal setahun pada 2016," katanya.

Nur Fatin Adili dan Nur Fatin Adila merupakan antara 407 siswazah menerima skrol ijazah daripada Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro Canselor pada Sidang Dua baru-baru ini.

Nur Fatin Adila memberitahu, mereka tidak dapat membalas jasa dan pengorbanan ibu, Faridah Che Salam,56, dan bapa, Ibrahim Yusoff,63, yang sentiasa memberi sokongan serta dorongan atas kejayaan empat beradik itu.

"Bapa merupakan pesara guru manakala ibu pula bertugas sebagai guru,"ujarnya.

Katanya yang berasal dari Kelantan, kejayaan berkenaan merupakan sedikit penghargaan anak-anak kepada kedua ibu bapa dan berharap dapat mengukir senyuman pada wajah mereka.

"Saya kini melanjutkan pengajian peringkat Sarjana di UniMAP manakala pasangan kembar, Nur Fatin Adili berkhidmat di F&B Equipment Sdn Bhd.

"Kakak saya, Nur Fatin Adini dan Nur Fatin Adina juga melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di UniMAP," ujarnya.

Artikel berkaitan

Walau diuji dengan penyakit misteri, Fatini tetap raih 9A SPM, diterima masuk UniMAP

UniMAP dan Nihon Superior meterai MoA, teroka projek penyelidikan bahan penyambungan elektronik

Alumni PALAPES UniMAP bantu pegawai kadet tingkatkan kecemerlangan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok