Mahasiswa UPSI bergambar sebelum melakukan proses penaman anak pokok
Mahasiswa UPSI bergambar sebelum melakukan proses penaman anak pokok

3,000 anak pokok paya bakau tanda sokongan kempen Penanaman 100 Juta Pokok

nadzarul.amir
20 Dec 2022 04:39pm
A
A
A

Seramai 300 mahasiswa penghuni Kolej Aminuddin Baki, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyertai program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang diadakan di kolej tersebut, baru-baru ini.

Pengetuanya, Profesor Madya Dr Syed Ismail Syed Mohamad berkata, program tersebut dilaksanakan bagi menyahut seruan UPSI dalam merealisasikan kempen Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita.

“Dalam menyahut kempen penghijauan berkenaan, Kolej Aminuddin Baki menanam hampir 3,000 anak pokok paya bakau yang dilaksanakan oleh penghuni kolej kediaman sendiri.

“Program ini juga dilaksanakan untuk jangka masa panjang dalam mewujudkan kelestarian kehijauan kolej Green KAB bagi memastikan para penghuni kolej kediaman ini mampu menghirup udara dalam kualiti yang terbaik pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan media, baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, program tersebut telah dilaksanakan di dua kawasan yang berbeza melibatkan warga kolej dan komuniti setempat.

Tambahnya, melalui program itu, para mahasiwa dapat bersama-sama menyokong komitmen negara mengekalkan liputan kawasan tropika di negara ini.

“Dalam memastikan setiap warganegara menikmati udara segar, program sebegini dapat mewujudkan sebuah ekosistem kehijauan untuk generasi masa hadapan,” ujarnya.

Pelaksanaan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambah baik ekosistem serta biodiversiti negara.

Ia juga adalah memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia.

Pelancaran kempen berkenaan telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 5 Januari tahun lalu.

Artikel berkaitan

9 pelajar UPSI layak ke saringan akhir Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2022

UPSI sasar kedudukan 150 universiti terbaik di Asia

Impian ratu kayak ke UPSI akhirnya termakbul!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok