A65C7E36-0E30-47DD-8D52-F8D89ED4F2B6
A65C7E36-0E30-47DD-8D52-F8D89ED4F2B6

6 tip asah kemahiran subjek Penulisan Akademik untuk penuntut IPT

Rasyidah Zulkifi
09 Feb 2022 03:38pm
A
A
A

Penulisan Akademik atau lebih sinonim dengan nama panggilan ‘Academic Writing’ adalah subjek yang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) perlu ambil sebelum mereka dibenarkan menjalani latihan praktikal dengan pihak industri.

Subjek ini berbentuk esei kajian individu dan wajib lulus jika tidak, mereka perlu mengulanginya semula.

Umumnya, setiap pelajar akan dibekalkan seorang penyelia akademik dan subjek ini tiada kelas jadi, pelajar perlu mencari waktu luang untuk berbincang mengenai kemaskini kajian tersebut dari semasa ke semasa.

Baca juga 

Bengkel Asas Penulisan Berita beri manfaat kepada pelajar

Tip menulis entri blog pendidikan, guru-guru wajib hadam perkongsian ini

Justeru, Sinar Bestari ingin berkongsi enam tip mengasah kemahiran bagi subjek Penulisan Akademik untuk penuntut IPT.

1. Kenali pembaca

Mana-mana penulisan termasuklah subjek ini mempunyai pembacanya yang tersendiri.

Professor dan ahli akademik merupakan komuniti yang akan membaca kajian mengikut tajuk apa yang berkaitan dengan kepakaran mereka.

Jika penulisan anda cemerlang, kebarangkalian kajian anda dalam Penulisan Akademik tersebut akan dipanjangkan.

Namun kebiasaannya, subjek tersebut hanya akan dibaca oleh penyelia akademik masing-masing bagi menilai kajian dan memberi markah kepada pelajar.

2. Buat perancangan dan penstrukturan kajian

Penulisan Akademik memerlukan penyampaian maklumat yang banyak untuk dimasukkan dalam satu esei.

Jadi, para pelajar perlu membuat perancangan dan penstrukturan kandungan kajian terlebih dahulu sebelum menulis apa-apa esei.

Ini penting untuk memastikan hujah anda disertakan bukti kajian yang sahih sehingga kuat menolak pandangan kajian lain untuk menghasilkan sebuah penulisan yang betul dan tepat.

3. Cari sumber sahih dan tulis sebanyak yang boleh

Untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam Penulisan Akademik, pelajar perlu mencari jurnal-jurnal sahih.

Seterusnya, pelajar perlu mengeluarkan fakta kajian dari jurnal tersebut dan menulis sebanyak yang boleh.

Akhir sekali, Sinar Bestari berharap tip-tip tersebut boleh membantu bakal graduan mendapatkan keputusan yang cemerlang bagi subjek Penulisan Akademik.

4.Semak esei dengan aplikasi penyunting dan pembaca pruf dalam talian

Seiring dengan kemajuan teknologi, kaedah pembelajaran di IPT juga menggunakan medium canggih seperti komputer dan internet.

Pelajar boleh membuat suntingan esei masing-masing dengan menggunakan penyunting dalam talian.

Selain itu, kaedah pembaca pruf juga boleh dibuat secara dalam talian bagi menyemak kesalahan tatabahasa dan pembetulan mana-mana ayat yang berkaitan.

5.Bacakan penulisan dibuat dengan kuat

Membaca dengan kuat adalah salah satu cara untuk menyemak kualiti penulisan akademik.

Apabila pelajar melaungkan apa yang ditulis dengan kuat, anda boleh mengesan apa yang kurang dalam esei tersebut.

Jika pelajar mudah faham dengan apa yang dibaca bermaksud orang lain juga memahami apabila membacanya,

Jika pelajar sukar memahami apa yang dilaungkannya, ini bermakna pelajar perlu membuat banyak pembetulan sehingga orang lain faham apa yang anda cuba sampaikan.

6. Dapatkan maklum balas dari tutor

Tip ini penting untuk memastikan pelajar tidak syok sendiri ketika menyiapkan penulisan akademik.

Pelajar perlu mendraf kajian tersebut sama ada dalam bentuk bercetak atau Portable Document Format (PDF) kemudian menyuruh tutor dan rakan sekelas memberi maklum balas.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Selepas habis meneliti kajian anda, mereka akan memberitahu sama ada hujah anda jelas atau tidak, esei konsisten atau sebaliknya dan lain-lain.

Diharapkan tip-tip tersebut boleh membantu bakal graduan mendapatkan keputusan yang cemerlang bagi subjek Penulisan Akademik.

Sumber: College Raptor

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok