WhatsApp Image 2022-12-26 at 4.58.39 PM
WhatsApp Image 2022-12-26 at 4.58.39 PM

Alumni Volunteer@UTM raih Anugerah Khas Sukarelawan Terbilang peringkat kebangsaan

Adlan Farhan Azwan
26 Dec 2022 05:00pm
A
A
A

Alumni Majlis Tertinggi Volunteer@UTM Sesi 2021/2022, Mohamad Ikmal Zulhakkim, 22, melakar pencapaian membanggakan apabila menerima Anugerah Khas Kesukarelawanan Sukarelawan Terbilang 2022 sempena Hari Sukarelawan Sedunia yang diadakan di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), baru-baru ini.

Anugerah yang mengiktiraf pelajar terbaik dari setiap universiti di Malaysia dalam bidang kesukarelawanan itu telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar.

Mohamad Ikmal merupakan pelajar Sarjana Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kejayaan tersebut membolehkan Mohamad Ikmal membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai RM500.

Menurutnya, anugerah itu pastinya dijadikan sumber inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk bergiat aktif dalam bidang sukarelawan.

“Saya berharap agar lebih banyak aktiviti sukarelawan dapat dianjurkan sama ada di peringkat UTM, kebangsaan mahupun global,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, pelajar pastinya menjadi contoh kepada masyarakat menerusi aktiviti kesukarelawanan.

“Sebagai generasi yang bakal memimpin negara pada masa akan datang, pelajar mampu menjadi tauladan kepada masyarakat.

“Ia dapat dilakukan dengan membudayakan serta melestarikan prinsip warga IPT yang prihatin, rajin membantu masyarakat sekeliling dan menyemai sifat bertanggungjawab serta empati terhadap isu kemanusiaan dalam negara dan di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

Artikel berkaitan

UIAM, UM rangkul kejuaraan Debat Diraja IPT 2022

SK Proton City berjaya pertahankan kejuaraan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen

Pasukan debat UPM bawa pulang gelaran juara dan pendebat terbaik. Apa rahsia mereka?


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok