WhatsApp Image 2022-04-06 at 3.16.50 PM
WhatsApp Image 2022-04-06 at 3.16.50 PM

“Anda adalah kebanggaan Keluarga Malaysia”, PM ucap tahniah kepada 6 pelajar berjaya ke Harvard College

Adlan Farhan Azwan
06 Apr 2022 03:18pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada enam pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di Harvard College, Amerika Syarikat.

Beliau berkata, kejayaan enam pelajar menjejakkan kaki ke Harvard College, sekolah peringkat sarjana muda bagi Universiti Harvard yang merupakan universiti terkemuka dunia itu adalah pencapaian membanggakan buat Malaysia.

“Anda adalah kebanggaan Keluarga Malaysia. Semoga beroleh kecemerlangan dalam bidang yang diceburi,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman rasmi Facebook miliknya.

Enam pelajar ini ialah Chooi Je Qin dari Johor, Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah (Pulau Pinang), Carisma Michaela Wong (Sabah), Lee Ee Jenn (Kuala Lumpur) dan Alyssa Yap Xin Yi (Sarawak).

Kesemua mereka akan menamatkan pengajian di Harvard pada tahun 2026.

Terdahulu, menurut penemu duga Alumni Harvard untuk Malaysia, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob dalam satu kenyataan baru-baru ini, bilangan pelajar yang diterima untuk melanjutkan pengajian di Harvard College itu adalah yang tertinggi dalam sejarah negara.

Keenam-enam mereka terpilih daripada 61,220 jumlah pemohon dengan kadar pengambilan pelajar bagi kelas 2026 adalah yang paling rendah dalam sejarah Harvard iaitu 3.19 peratus.

Wan Nadiah turut meluahkan rasa keterujaannya kerana enam pelajar Malaysia ini telah memecahkan rekod jumlah paling ramai diterima masuk ke Harvard College dalam tempoh satu tahun.

Artikel berkaitan 

Math 55 kelas paling sukar di Universiti Harvard

Pelajar cemerlang SPM ini realisasi hajat arwah ibu untuk jadi doktor

Amalan konsep SEJATI antara guru, rahsia kecemerlangan SK Jalan 3


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok