269656948_282827690539013_5295799862553659184_n
269656948_282827690539013_5295799862553659184_n

100 pelajar IPG hulur bantuan kepada mangsa banjir di Selangor

Adlan Farhan Azwan
24 Dec 2021 03:44pm
A
A
A

SELANGOR - 100 orang pelajar dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan (KPM) turun padang untuk membantu membersihkan rumah kakitangan IPG KPM yang terkesan akibat banjir.

Antara IPG yang terlibat ialah Kampus Ilmu Khas, Kampus Pendidikan Islam, Kampus Pendidikan Teknik, Kampus Raja Melewar, Kampus Bahasa Antarabangsa dan Kampus Bahasa Melayu.

Kesemua pelajar ini telah digerakkan ke beberapa lokasi banjir di sekitar negeri Selangor seperti Dengkil, Salak Tinggi, Kampung Labu Lanjut, Hulu Langat, Puchong dan Meru.

BACA JUGA: UMP tubuh bilik gerakan untuk bantu mangsa banjir

BACA JUGA: USIM aktifkan Bilik Gerakan Bencana Banjir bantu pihak terjejas

Selain menghulurkan bantuan dari segi masa dan tenaga, mereka turut menyampaikan sumbangan wang ringgit dan barangan keperluan.

Misi bantuan ini telah bermula pada 21 Disember lalu dan akan diteruskan hingga minggu hadapan.

Sukarelawan dari IPG seluruh negara turut digerakkan untuk membantu usaha ini.

Dalam pada masa yang sama, KPT mengumumkan sokongan kelonggaran kepada IPT untuk memudahkan urusan pemulihan pasca banjir pada 22 Disember lalu.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Pelajar yang tidak terkesan dengan banjir disarankan untuk turun padang bersama-sama sukarelawan lain bagi menghulurkan bantuan membersih rumah dan kawasan yang terkena banjir.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok