Untitled design (48)
Untitled design (48)

Hoh Jia Da Ikon Reka Tekno Anugerah Perdana Belia Negara 2022

Azleenda Sahaludin
29 Dec 2022 04:27pm
A
A
A

Kemunculan keusahawanan teknologi hari ini adalah hasil daripada perubahan dunia keusahawanan apabila berlakunya transformasi melalui perniagaan dan teknologi-teknologi terkini.

Ia boleh diibaratkan sebagai satu peluang baharu yang boleh diceburi semua pihak terutamanya pelajar bagi mengembangkan bakat serta menyemarakkan lagi penyertaan ramai pihak dalam dunia keusahawanan secara global.

Bercita-cita ingin menceburi bidang keusahawan teknologi telah membuatkan pelajar Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Hoh Jia Da dinobatkan Ikon Reka Tekno Anugerah Perdana Belia Negara 2022.

Menurut pelajar berusia 22 tahun ini, anugerah tersebut merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat diri dan keluarganya di atas usaha mencipta pelbagai paltform melalui apikasi sepanjang bergelar pelajar.

“Sejujurnya, saya tidak menyangka akan meraih anugerah ini kerana saingan kebanyakannya adalah orang dewasa dan belia yang hebat.

“Namun, ia tidak mematahkan semangat dan saya bersyukur menerima pengiktirafan ini di samping ia dapat dijadikan sebagai inspirasi kepada anak muda lain untuk lebih proaktif dalam memberi sumbangan kepada masyarakat melalui teknologi,” katanya kepada Sinar Bestari ketika dihubungi, baru-baru ini.

Anugerah yang diperkenal oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini diberikan bagi menghargai dan mengiktiraf golongan belia yang menyumbang dalam pembangunan inovasi dan teknologi di negara ini.

Bapanya, Hoh Sek Wong telah menjadi wakil menerima anugerah tersebut.

Telah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeop di Hotel Sama-Sama, Sepang baru-baru ini, Jia Da bagaimanapun diwakili oleh bapanya, Hoh Sek Wong kerana dia berada di Jakarta, Indonesia, menyertai pertandingan East Asia Summit Hackakthon anjuran ASEAN Faoundation.

Dalam pada itu, Jia Da turut berkongsi beberapa aplikasi yang telah diciptanya bagi membantu memudahkan urusan para pelajar UPM.

Antara aplikasi tersebut ialah Xlektrik yang dapat membantu pelajar menjalankan perniagaan dan menempah makanan serta Edulab dan kad game bertujuan untuk meningkatkan literasi bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar berpendapatan rendah (B40) atau pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman.

Dia juga memaklumkan, misi utamanya selepas tamat pengajian adalah untuk mewujudkan lebih banyak aplikasi baharu yang boleh mendatangkan manfaat kepada masyarakat selain turut mengekalkan dan menambah baik aplikasi sedia ada.

Artikel berkaitan

Tahniah pensyarah dan penyelidik UPM! Rangkul 9 pingat emas di PECIPTA 2022

40 sukarelawan Kor Sispa UPM salur bantuan banjir di Bachok

UPM perkasa EKSA, tingkat kualiti dan perkhidmatan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok