Inovasi penampal luka pelajar UMT rangkul Anugerah Emas dan Anugerah Khas
Inovasi penampal luka pelajar UMT rangkul Anugerah Emas dan Anugerah Khas

Inovasi penampal luka pelajar UMT rangkul Anugerah Emas dan Anugerah Khas

Roshlawaty Md Raieh
17 Jan 2023 09:52am
A
A
A

INOVASI penampal luka yang dihasilkan sekumpulan pelajar tahun pertama, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya merangkul Anugerah Emas dan Anugerah Khas dalam penganjuran National Innovation and Invention Competition 2022, baru-baru ini.

Inovasi yang dikenali PVA Healing Patch merupakan produk penampal luka diekstrak daripada bahan semula jadi yang selamat digunakan semua peringkat umur.

Menurut Ketua Kumpulan, Mohamad Firdaus Rosli, kemenangan tersebut telah menggembirakan seluruh ahli kumpulan kerana mereka telah berusaha keras dalam penghasilan PVA Healing Patch.

“Alhamdulillah atas pengiktirafan yang diberikan. Ia membuktikan kemenangan boleh dikecapi dengan berusaha dan semangat berpasukan antara ahli kumpulan,” ujarnya.

Sementara itu, Penasihat Kumpulan, Profesor Madya Ts Dr Mohd Sabri Mohd Ghazali berkata, produk inovasi yang dihasilkan itu mempunyai kelebihan tersendiri.

PVA Healing Patch dihasilkan daripada tumbuhan semula jadi iaitu Sintok. Kulit tumbuhan ini mampu merawat iritasi kulit, jangkitan kulit dan penyakit kulit yang lain.

“Hasil inovasi ini telah melalui ujian untuk mengetahui kebolehan akar pokok Sintok atau nama saintifiknya Entada Spiralis bagi menghentikan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit kulit.

“Tampalan ini sangat mesra alam kerana ia dihasilkan daripada batang pokok tanpa campuran bahan kimia yang merbahaya kepada manusia dan persekitaran,” katanya yang juga pensyarah UMT.

Tambah Mohd Sabri, produk tersebut sesuai untuk diletakkan di setiap kediaman bagi tujuan penggunaan awal sewaktu berlaku kecemasan.

“Selain penggunaannya amat mudah dan ekonomi, ia juga dikategorikan sebagai produk mesra alam sekitar,” akhirinya.

Artikel berkaitan 

Inovasi pelajar UPM juara Pertandingan Usahawan Inovasi 2022 Piala Menteri Pengajian Tinggi

Inovasi pelajar SBPI Temerloh cipta sejarah, bawa pulang 7 pingat untuk negara

4 inovasi baharu Piala Dunia Qatar 2022


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok