Kolokium Memperkasa Siswa 2023 lahir generasi berilmu, kreatif dan inovatifbca38580d23
Kolokium Memperkasa Siswa 2023 lahir generasi berilmu, kreatif dan inovatifbca38580d23

Kolokium Memperkasa Siswa 2023 lahir generasi berilmu, kreatif dan inovatif

Roshlawaty Md Raieh
19 Jan 2023 06:27pm
A
A
A

SERAMAI 250 mahasiswa dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, Kampus Jasin telah mengikuti Kolokium Memperkasa Siswa 2023, baru-baru ini.

Dengan bertemakan Siswa Kreatif dan Inovatif Pemangkin Transformasi Negara, kolokium itu telah diadakan di UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Kolokium ini dianjurkan dengan tujuan melahirkan mahasiswa yang mampu berdaya saing dan cakna dengan isu kontemporari yang relevan dengan masyarakat Malaysia.

Menurut Ketua Projek, Hariz Ikhwan Mokhtar, penganjuran kolokium itu dapat menjadi wadah kepada pelajar untuk menjadi generasi berilmu, kreatif dan inovatif.

“Selain itu, ia juga menjadi platform jalinan industri yang kreatif dan inovatif antara universiti dan masyarakat luar serta mampu membuka minda pelajar terhadap isu semasa ke arah melahirkan mahasiswa progresif dan berdaya saing,” ujarnya yang merupakan pelajar tahun dua, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pengurusan Rantaian Bekalan dan Logistik) Dengan Kepujian, FPTT, UTeM.

Sementara itu, kolokium anjuran FPTT, UTeM dengan kerjasama UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin; Youth Care Malaysia dan Kelab Technology Management Association (TEMAN), FPTT, UTeM turut menjemput Pengasas Youth Care Malaysia, Jabir Meftah untuk memeriahkan majlis.

Jabir Meftah yang juga Finalis Hero Remaja 2020 telah berkongsi pelbagai info berkaitan Youth Care Malaysia antaranya misi utama mereka iaitu memberi inspirasi kepada kesukarelawanan, pembangunan dan aktivisme belia serta memacu kerjasama untuk memberikan impak positif sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjelang tahun 2030.

Dalam pada itu, Felo Pasca Kedoktoran, FPTT UTeM, Dr Mohamad Idham Md Razak berkata, penganjuran Kolokium Memperkasa Siswa 2023 ini telah memperkasakan agenda Service-Learning Malaysia – University for Society (SULAM) di universiti.

“SULAM akan menjadi pemangkin kepada usaha menjadikan mahasiswa untuk lebih prihatin terhadap isu masyarakat.

“Malah, pelaksanaan SULAM ini juga menjadi satu platform terbaik untuk mahasiswa bertindak sebagai agen perubahan dan perantara masyarakat dengan kerajaan khususnya dalam menggerakkan aktiviti berbentuk kemasyarakatan secara pragmatik dan holistik.

“Dan yang terakhir, SULAM dapat melahirkan mahasiswa berkaliber tinggi yang dapat menyumbang kepakaran kepada komuniti,” jelasnya.

Artikel berkaitan 

Sanggup berjauhan dengan keluarga demi ilmu, inilah pengorbanan besar Nimexsionre. Salute!

Sasterawan Negara ke-14 kongsi ketokohan ilmuan Raja Ali Haji kepada generasi muda

Cikgu Nazrul Muhamin dinobatkan Ikon Belia OKU 2022


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok