Cikgu Nazrul Muhamin dinobatkan Ikon Belia OKU 2022
Cikgu Nazrul Muhamin dinobatkan Ikon Belia OKU 2022

Cikgu Nazrul Muhamin dinobatkan Ikon Belia OKU 2022

Roshlawaty Md Raieh
17 Jan 2023 02:16pm
A
A
A

SEMUA orang mengimpikan kesempurnaan dalam hidup, namun jika sudah ditakdirkan diri tidak seperti orang lain, semuanya harus diterima dengan penuh keredaan.

Begitulah yang dilalui guru Bahasa Melayu, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Betong, Sarawak, Cikgu Nazrul Muhamin Abdul Aziz.

Walaupun dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), beliau tetap bersemangat menyumbang pelbagai idea dalam bidang pendidikan, pembangunan sosial dan aktiviti kemasyarakatan.

Dek sumbangan besar Cikgu Nazrul Muhamin dalam bidang tersebut, maka tidak hairanlah beliau dinobatkan penerima Anugerah Ikon Belia OKU 2022 dalam Majlis Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2022 di Hotel Sama -Sama KLIA, Sepang, baru-baru ini.

Kredit Foto: Facebook Majlis Amanah Rakyat

Menurut Cikgu Nazrul Muhamin, anugerah yang diterimanya itu cukup istimewa dan bermakna bagi dirinya.

“Syukur kepada ALLAH SWT atas rezeki yang dikurniakan. Memang tidak sangka untuk naik ke pentas dan menerima anugerah tersebut.

"Terima kasih kepada semua pihak kerana memberi peluang kepada saya menerima anugerah yang sangat bermakna ini,” ujarnya yang menerima Ikon Belia OKU 2022 daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan membawa pulang wang tunai RM10,000, trofi dan sijil penghargaan.

Cikgu Nazrul Muhamin (tiga dari kanan) menerima anugerah daripada Hannah dalam APBN 2020, yang lalu. Kredit Foto: Facebook Majlis Amanah Rakyat

Berkongsi secara ringkas sumbangan yang diberikan Cikgu Nazrul Muhamin dalam pelbagai bidang, Sinar Bestari sertakan di sini sebagai rujukan semua.

1) Membantu kecemerlangan akademik dan pendidikan pelajar di kawasan luar bandar khususnya di Betong, Sarawak.

2) Merupakan jurulatih perkembangan bakat pelajar dalam membimbing pasukan debat, pantun, forum dan tarian kebudayaan.

3) Menjayakan program Mentor-Mentee bagi pembangunan kerjaya dan pendidikan khusus buat golongan Belia OKU Malaysia.

4) Menawarkan perkhidmatan sebagai mentor terbuka bagi pelaksanaan kerja sosial dan pembangunan sahsiah golongan OKU Malaysia.

5) Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dengan menjadi sukarelawan program perkhidmatan sumbangan barangan asas dan keperluan makanan kepada rumah kebajikan anak yatim dan asnaf.

Kredit Foto: Facebook Majlis Amanah Rakyat

Akhir sekali, Sinar Bestari mengucapkan tahniah dan syabas atas penganugerahan yang diberikan kepada Cikgu Nazrul Muhamin.

Sumbangan beliau secara tidak langsung telah memberikan imej yang baik kepada rakyat Malaysia khususnya kepada warga MRSM dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

INFO

Berikut adalah senarai penerima APBN 2022

1) Kategori Pertubuhan Belia - Persatuan Belia Setia Pakat (Terengganu)

2) Kategori Individu Lelaki - Arvend Applasamy

3) Kategori Individu Wanita - Puteri Seri Mawar Megat Abdul Rahmani

4) Kategori Emas Remaja Perdana - Tiew Feilix

5) Anugerah Khas - Muhamad Farouk Hassanain Hashim

6) Ikon Belia Sanjungan Budi - Hasnul Fairuz Hushin Amri

7) Ikon Belia Karismatik - Mohd Sirhajwan Idek

8) Ikon Reka Tekno - Hoh Jia Da

9) Ikon Belia Kelestarian - Beh Zeng Kang

10) Ikon Youth Biz - Mohd Faizal Irman

11) Ikon Belia OKU - Nazrul Muhamin Abdul Aziz

12) Ikon Belia Influencer - Muhammad Haziq Abd Rahim

Artikel berkaitan 

Dr Wong penerima pertama anugerah Osman Ali

Guru Bahasa Inggeris KV Keningau terima Anugerah Ikon Belia Karismatik

Samuel Isaiah cipta sejarah, rakyat Malaysia pertama terima anugerah TRT World Citizen Educator Award


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan