WhatsApp Image 2022-02-15 at 2.25.06 PM
WhatsApp Image 2022-02-15 at 2.25.06 PM

Modul pengajian al-Quran untuk OKU ditambah baik, inisiatif KUIS dapat sokongan

Rasyidah Zulkifi
15 Feb 2022 05:45pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peluang golongan orang kurang upaya (OKU) untuk mendalami pengajian al-Quran kini terbuka luas dengan adanya penambahbaikan terhadap modul pengajaran dan pembelajaran al-quran untuk golongan kurang upaya ini.

Sinonim dengan misi dan visi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) iaitu melahirkan Daie, Ulama’ dan Umara’, KUIS mengambil inisiatif  untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM ) melalui Geran Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Baca juga:

9 bulan 22 hari Dany Al-Fathoni hafal 30 juzuk al-Quran, hebat didikan mak ayah pelajar MRSM ini

Akademi al-Quran di Kota Iskandar terima pelajar mulai Januari

Penyelidikan ini memberi fokus kepada kajian Emansipasi Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran Braille bagi OKU.

Justeru, bagi membantu masyarakat OKU terutama cacat penglihatan membaca al-Quran dengan mudah, KUIS, USIM dan UKM memeterai memorandum perjanjian (MoA) di bawah inisiatif geran itu.

Hazlin Falina (dua dari kiri) bersama tiga lagi penyelidik projek.

Pemeteraian MoA ini ditandatangani oleh Rektor KUIS, Prof Madya Datuk Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, Timbalan Naib Censelor Jaringan Industri Alumni dan Masyarakat UKM, Prof. Datuk Dr Norazah Mohd Nordin dan Timbalan Naib Cancelor Akademi dan Antarabangsa USIM, Prof Dr Mohd Radhi Ibrahim.

Kajian penyelidikan ini terbahagi kepada tiga kategori OKU iaitu OKU Pendengaran yang diketuai oleh USIM, OKU Penglihatan dikelola oleh KUIS dan OKU cacat anggota diketuai oleh UKM.

Rektor KUIS, Mohd Farid Ravi Abdullah menyambut baik kerjasama yang terjalin antara ketiga IPT itu.

"Kami sangat mengalu-alukan kerjasama ini dan berhasrat untuk menjadikan KUIS sebagai salah sebuah IPT mesra OKU di masa hadapan.

"Sebagai umat Islam, kewajipan mempelajari al-Quran perlu dititikberatkan walaupun seseorang itu cacat kerana ia adalah panduan utama hidup yang menyinari manusia dalam kegelapan," katanya.

Projek penyelidikan yang bernilai RM487,000 itu dimulakan pada Januari tahun lalu dan dijangka akan siap pada Disember tahun ini.

Projek yang diketuai oleh Izzuddin Mohd Pisol bersama tiga lagi penyelidik lain iaitu Dr Hazlin Falina Rosli, Dr Zetty Nurzuliana Rashed dan Zur’ain Harun sedang dalam proses membangunkan modul al-Quran braille sedia ada untuk ditambahbaik agar selari dengan kehendak semasa.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Pengurusan dan Muamalah KUIS, Dr Hazlin Falina Rosli berkata, golongan OKU penglihatan ini perlu dibantu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

"Buat masa ini mereka hanya berupaya menghafaz al-Quran melalui kaedah talaqqi. Pelbagai usaha dijalankan sebelum ini, namun penggunaannya masih terbatas.

"Selaras dengan misi dan visi, KUIS komited untuk memperkasakan hak samarata golongan ini dengan aspirasi kolej ke arah IPT inklusif OKU," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok