download (3)
download (3)

Pendidikan tertiari fleksibel manfaatkan pemandu dan rakan kongsi penghantaran

Adlan Farhan Azwan
01 Apr 2022 03:34pm
A
A
A

PETALING JAYA - Grab Malaysia dan DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (DRB-HICOM University) baru-baru ini mengumumkan kerjasama untuk menyokong pembangunan akademik pemandu serta rakan kongsi penghantaran Grab di seluruh negara melalui program pengajian tinggi kursus peningkatan kemahiran yang berkaitan.

Hasil kerjasama itu juga menyaksikan pengenalan kurikulum pengajian tinggi pertama dan satu-satunya di Malaysia yang direka khusus untuk pekerja platform melalui Program Pembangunan Grab (GDP).

Menurut Ketua Operasi Grab Malaysia, Rashid Shukor, pihaknya amat berbangga dalam menyediakan peluang pendapatan yang mampan dan program faedah holistik untuk meningkatkan lagi kehidupan rakyat Malaysia.

Baca juga

Jalinan kerjasama antara CPA Australia dan UNIRAZAK, usaha dalam memperkasa pemahaman sistem cukai negara

Industri automotif semakin mendapat sambutan, pelbagai program berkaitan ditawarkan IPT

“Kami percaya bahawa bekerja dan belajar secara fleksibel adalah sebahagian daripda perkara penting yang boleh dilakukan dalam membuka peluang ekonomi.

"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan DRB-HICOM University untuk memperkenalkan program dan kurikulum akademik yang fleksibel ini.

"Program ini juga menyediakan laluan yang jelas dalam mendapatkan akreditasi pendidikan tinggi yang boleh dimanfaatkan untuk sebarang peluang kerjaya berpotensi di masa depan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Naib Canselor DRB-HICOM University, Profesor Datuk Sr Dr Omar Osman berkata, ekonomi tidak formal memainkan peranan penting dalam dunia hari ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Sama ada kerja sambilan, bebas atau platform, ia bertindak sebagai jaring keselamatan untuk dimanfaatkan oleh ramai individu apabila pekerjaan sepenuh masa semakin sukar dari segi persaingan.

“Program-program ini adalah memupuk komitmen bersama kami untuk menetapkan piawaian dalam kebajikan rakan kongsi dan inovasi pendidikan.

“Oleh itu, kami teruja untuk bekerjasama dengan Grab Malaysia bagi membangunkan bersama kursus yang selaras dengan keperluan pemandu dan rakan kongsi penghantaran,” jelas beliau.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok