UPSI-BACAAN2
UPSI-BACAAN2

UPSI sedia ruang membaca di klinik kesihatan sekitar Muallim

Norliza Wasilan
15 Sep 2022 10:31am
A
A
A

Bagi membudayakan masyarakat membaca, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) mengambil inisiatif bersama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyediakan sudut bacaan di Klinik Kesihatan Tanjung Malim dan Klinik Kesihatan Slim River, Perak.

Penyediaan ruang itu merupakan projek rintis khidmat sosial UPSI untuk menggalakkan pengunjung klinik mengisi masa dengan membaca sementara menunggu nombor giliran atau ketika menemani pesakit.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Muallim, Dr V C Anuratha Subramaniam, pihaknya merakamkan penghargaan atas sumbangan khidmat sosial daripada universiti itu.

“Kami sebagai warga klinik sekitar Muallim cukup teruja apabila menerima pelbagai bahan bacaan yang terkini.

“Malah, sudut ini dihias cukup cantik untuk menarik minat pembaca terutamanya pengunjung yang datang sama ada untuk mendapatkan rawatan ataupun menemani pesakit,” ujarnya pada Majlis Program Khidmat Kelestarian Komuniti di Klinik Kesihatan Slim River, Perak, baru-baru ini.

Dr V C Anuratha.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pustakawan, Wan Kartini Wan Sulaiman berkata, seramai 10 staf telah membantu menjayakan ruang bacaan berkenaan yang terletak dekat ruang legar klinik dalam masa tiga hari.

“UPSI berbesar hati menyerahkan 5,300 naskah buku pelbagai genre bernilai lebih RM4,500 untuk disumbangkan kepada dua klinik kesihatan ini.

“UPSI turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama diberikan antaranya Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Karangkraf , Bank Rakyat serta masyarakat yang turut menyumbang dalam menjayakan ruang ini,” ujarnya.

Petugas klinik Kesihatan bersama pegawai kesihatan daerah Tanjung Malim.

Turut hadir Penolong Pendaftar Kanan UCTC UPSI, Mohd Zaiham Izwan Zainudin; Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Tanjung Malim, Dr Shahnul Kamal Sidek; Pegawai Kesihatan Daerah Muallim, Dr Ngaesah Hamed dan Dr Siti Norhani Suhaimi.

Mengulas lanjut, Wan Kartini memberitahu, projek berkenaan akan dikembangkan lagi ke lokasi lain tumpuan masyarakat pada masa akan datang.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff dalam kenyataannya pula memaklumkan bahawa universiti itu akan terus komited untuk meningkatkan minat masyarakat untuk membaca.

Artikel berkaitan

Inisiatif Menu Keluarga Malaysia RM3.50 bakal beri manfaat 14,000 golongan B40 mahasiswa UPSI

UPSI galak penggiat seni hiburan sambung belajar menerusi APEL Q

Faizul dinobat Ikon Ulul Albab UPSI, sedia galas tanggungjawab


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok