utm-comast-2022
utm-comast-2022

COMSAT 2022 berjaya tarik 150 penyertaan seluruh dunia

Adlan Farhan Azwan
07 Sep 2022 09:28am
A
A
A

Persidangan Antarabangsa Sains dan Teknologi Komposit (COMSAT) 2022 anjuran Pusat Bahan Komposit Lanjutan (CACM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya menarik 150 penyertaan dari seluruh dunia.

UTM menerusi kenyataannya memaklumkan, persidangan ini bertujuan bagi menyediakan platform untuk perkongsian pengetahuan dalam penyelidikan dan teknologi komposit.

“Ia merupakan satu platform untuk ahli akademik, penyelidik, penggubal dasar dan syarikat swasta untuk bekerjasama dan membincangkan isu berkaitan penyelidikan dan teknologi dalam teknologi komposit,” jelas kenyataan itu, baru-baru ini.

Barisan jawatankuasa dari UTM bagi penganjuran COMSAT 2022.

COMSAT 2022 yang mengangkat tema ‘Advancement in Sustainable Composites’ telah berlangsung pada 22 dan 23 Ogos lalu dengan anjuran bersama 18 organisasi dalam dan luar negara.

Antaranya ialah King Mongkut's University of Technology North Bangkok (KMUTNB), Thailand; Technical University of Liberec, Czech Republic; Oklahoma State University (OSU), Amerika Syarikat; Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Dalam pada itu, seramai lima penceramah utama dilantik yang terdiri daripada Profesor Dr Azman Hassan dan Profesor Ir Dr Mohd Sapuan Salit dari Malaysia, Profesor Emeritus Dr Salim Hiziroglu, Amerika Syarikat; Dr Catalin Pruncu, Itali dan Profesor Madya Dr Goh Kheng Lim dari Singapura.

Persidangan yang dijalankan secara dalam talian ini meliputi tiga skop utama iaitu Advanced Polymer Composites Natural Fiber Composites, Polymer Concrete, Recycling Polymer Composites dan Advanced Metal Matrix Composites.

Sebanyak 136 pembentangan lisan telah disampaikan dalam tujuh sesi selama dua hari persidangan dan segala pembentangan akan dijadikan manuskrip untuk rujukan orang ramai.

Artikel berkaitan

Penyelidik UTM berjaya bangunkan alat khas bantu golongan buta warna

Jalin kerjasama dengan 20 universiti di Indonesia, usaha UUM kukuhkan pengantarabangsaan

Penyelidik universiti tempatan kongsi kebaikan biochar kepada pengusaha tanaman organik


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok