SUKIPT 2022
SUKIPT 2022

Ganjaran RM20,000 buat atlet catat rekod kebangsaan di SUKIPT 2022

Adlan Farhan Azwan
15 Aug 2022 04:32pm
A
A
A

Ganjaran wang tunai berjumlah RM20,000 akan diberikan kepada atlet Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 yang berjaya mencatat rekod kebangsaan.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali gus mencabar semua atlet-atlet institusi pengajian tinggi (IPT) untuk melakukan yang terbaik dan seterusnya mencatat rekod kebangsaan dalam temasya sukan tersebut.

Ismail Sabri (tengah) meletakkan tangan pada peranti sebagai gimik pelancaran sambil disaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (dua dari kiri), Dr Noraini (empat dari kiri), Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon (kiri sekali) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar (kanan sekali) di Stadium UPSI, Tanjung Malim, Perak.

“Saya ingin mencabar para atlet yang bertanding dalam SUKIPT 2022, untuk mencatatkan rekod kebangsaan, tidak kiralah dalam apa jenis acara pun.

“Mereka yang berjaya kita akan bagi secara bersama wang tunai berjumlah RM20,000,” katanya ketika merasmikan SUKIPT 2022 di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak pada Ahad.

Beliau juga berharap agar program seumpamanya akan membentuk lebih ramai atlet IPT yang berprestasi tinggi dan berminda juara.

Dalam pada itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pula berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa menyokong penuh penganjuran kejohanan-kejohanan sukan seperti SUKIPT ini.

Noraini memberikan ucapannya ketika Majlis Perasmian SUKIPT 2022.

“Kami amat yakin arena sukan seumpama ini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan, bukan sahaja di IPT, tetapi juga negara.

“Justeru, bagi pihak Kementerian, saya sangat berharap agar kecemerlangan yang dipamerkan oleh para atlet IPT akan diteruskan momentumnya di pelbagai podium sukan yang lain,” jelas beliau.

Perarakan Kontinjen 17 atlet yang baru-baru ini mewakili Malaysia ke Asean University Games di Ubon, Ratchathani, Thailand dan Sukan Komanwel di Birmingham.

Perarakan Pasukan Pancaragam Tentera Udara Malaysia.

Atlet pemenang pingat perak dalam ASEAN University Games 2022 menerusi acara 4x100 meter, Muhammad Yusridzwan Danial Yusof mengetuai lafaz SUKIPT Edisi Kelima.

Atlet Malaysia dalam sukan terjun, Wendy Ng Yan Yee yang mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pembawa obor semasa temasya Majlis Perasmian SUKIPT 2022.

Upacara perarakan dan menaikkan bendera SUKIPT 2022 yang disempurnakan oleh sembilan anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Mahasiswa UPSI.

Artikel berkaitan

Pasukan Selangor muncul johan walau ahlinya dari sekolah berbeza, bagaimana mereka lakukan?

3 atlet UniMAP wakil negara dalam kejohanan sukan universiti di Thailand

5 atlet universiti terima insentif kerana berjaya wakili negara


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok