no image

Graduan ini terkejut lihat ibu hadiahkan nanas sempena konvokesyen!

Roshlawaty Md Raieh
14 Apr 2021 08:44am
A
A
A

Majlis konvokesyen sememangnya dinantikan oleh para graduan kerana pada hari yang bersejarah ini, mereka berpeluang menyarung jubah konvokesyen dan merakam gambar kenangan bersama ibu-bapa dan ahli keluarga.

Perasaan ini turut dirasai Nur Shima Sahimi, 24, graduan Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke-18 USIM, baru-baru ini.

Pastinya menambah kenangan manis buat Nur Shima apabila menerima hadiah buah nanas daripada ibunya selepas majlis konvokesyennya berakhir pada Isnin.

Gadis cantik yang kini bertugas sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta berkata, kejutan ibunya itu walaupun melucukan namun ia tetap menggembirakan hati kerana pemberian buah nanas tersebut sesuatu yang istimewa selain bunga konvokesyen yang diterima.

“Buah nanas ini pada awalnya emak belikan untuk diberikan kepada kakak sebagai menu bahan masakan. Tapi kakak tak jadi gunakan buah nanas ini sebab masak menu yang lain. Tak mahu membazir, emak bawa buah nanas ini bersama ke majlis konvokesyen saya pada Isnin lalu.

“Selesai majlis di dalam dewan, emak minta saya ambilkan buah nanas tersebut dalam kereta dan berikan kepada saya. Sebagai kenangan, kakak ambilkan gambar saya bersama buah nanas pemberian emak," katanya dengan menambah ketika ibunya mahu memberikan nanas, dia gelak kerana mengandaikan ibunya bergurau.

Artikel berkaitan 

Penyelidik USIM hasilkan set lengkap hidroponik dan agih kepada 50 keluarga PPR yang bertuah. Rezeki!

2 alumni Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM, kini pengasas Banat Sandwich

Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor USM tetap kuat walaupun diuji dengan pemergian bapa ketika hadapi peperiksaan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok