HomeIPTPenerima Anugerah Pingat Emas Canselor USM tetap kuat walaupun diuji dengan pemergian...

Artikel Berkaitan

Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor USM tetap kuat walaupun diuji dengan pemergian bapa ketika hadapi peperiksaan

GEORGETOWN – Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor pada Majlis Konvokesyen ke-59 Universiti Sains Malaysia (USM), Na Yong Sik, 24, tidak putus semangat untuk melakar kejayaan meskipun diuji dengan pemergian bapanya pada hari peperiksaan.

Yong Sik berkata, dia menerima berita tentang pemergian bapanya kerana Covid-19 sekitar pukul 5 pagi pada 21 Julai tahun lalu.

“Pada hari yang sama, saya perlu menduduki peperiksaan yang telah dijadualkan pada pukul 3 petang secara dalam talian.

Baca juga

Tidak sangka menang anugerah kerana belajar sambil bekerja, graduan UUM rangkul MICPA Gold Medal Award

Graduan Malaysia gondol pingat akademik tertinggi di Amerika Syarikat, raih keputusan ‘4 flat’ secara konsisten

“Saya sudah mengetahui tentang keadaan bapa yang berada pada tahap tiga tetapi tidak menyangka dia akan menjadi kritikal dalam beberapa jam saja.

“Walaupun terpaksa menghadapi ujian yang berat, saya tetap menduduki peperiksaan akhir pada petang itu sebelum bergegas pulang ke Klangm, Selangor ” katanya ketika ditemui pemberita di sini, baru-baru ini.

Hasilnya, Yong Sik yang merupakan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan berjaya memperoleh gred A dalam subjek tersebut meskipun menjawab kertas peperiksaan dalam penuh hiba dan sayu.

Tambahnya lagi, jika kita telah bersedia untuk peperiksaan, kita akan boleh menjawab dengan mudah walaupun apa yang berlaku.

“Saya mengambil sikap belajar memahami pelajaran yang diikuti dengan sepenuh hati, bukan hanya menghafal,” ujarnya.

Yong Sik kini telah memperoleh pekerjaan di sebuah syarikat multinasional di Singapura sejak dua bulan lalu sebagai jurutera proses.

Anak kelahiran Johor itu menyifatkan pendorong utama kejayaannya adalah kedua ibu bapanya yang sentiasa memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak untuk menentukan masa depan masing-masing.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Kedua ibu bapa saya tidak pernah sesekali memaksa kami adik-beradik untuk melanjutkan pelajaran. Apa yang mereka mahukan adalah supaya anak-anak mereka gembira dengan apa yang kami lakukan.

“Panggilan telefon pada minggu sebelum bapa jatuh sakit merupakan perbualan terakhir kami sebelum dia meninggal dunia,” jelasnya.

Dalam pada itu, Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, upacara konvokesyen kali ini membabitkan 11 sidang yang bermula 21 sehingga 31 Mei ini bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra, USM di sini.

“Seramai 6,706 graduan menerima ijazah masing-masing termasuk Ijazah Kehormat (2), Profesor Emeritus serta Emerita (5), Ijazah Tinggi (2,231), Ijazah Sarjana Muda (4,475) dan Diploma Kejururawatan (50),”ujarnya.

Artikel Terkini