UITM-HACK-SINARBESTARI-2022
UITM-HACK-SINARBESTARI-2022

iHack 2022 lahir bakat keselamatan, risikan siber dalam kalangan mahasiswa

nadzarul.amir
23 Dec 2022 04:03pm
A
A
A

Pertandingan iHack 2022 yang merupakan pertandingan penggodaman dan pertahanan siber terbesar di Malaysia menjadi platform melahirkan bakat-bakat muda dalam segmen keselamatan dan risikan siber.

Dalam pertandingan sempena Siber Siaga 2022 itu, sebanyak 20 pasukan berentap pada pusingan akhir yang diadakan di Wisma Perwira, Kuala Lumpur bermula 19 hingga 20 Disember lalu.

Setiap pasukan perlu mengharungi cabaran Capture The Flag (CTF) ala Jeopardy bidang kriptografi, forensik komputer, rangkaian komputer, perisikan sumber terbuka (OSINT), pawn challenge, eksploitasi web, reverse engineering dan steganografi dalam tempoh 24 jam.

iHack 2022 memasuki tahun ke-10 merupakan anjuran Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media (KPPIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Velum Labs Sdn Bhd.

Penolong Naib Canselor, KPPIM UiTM, Profesor Ts Dr Haryani Haron berkata, pertandingan memasuki tahun ke-10 itu diketuai Ts Dr Mohsen Mohamad Hata merupakan pertandingan penggodaman dan pertahanan siber terbesar di negara ini.

Katanya, pihak kolej sangat berbesar hati dan berbangga kerana sekali lagi berjaya menganjurkan pertandingan besar tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah Siber Siaga 2022 dari BSEP ATM, Leftenan Kolonel Ts Erman Shah Mohd Khafe berkata, ia adalah satu keperluan untuk mengadakan program melibatkan keselamatan dan risikan siber.

“Ia penting untuk institusi melindungi keselamatan negara daripada ancaman-ancaman siber.

“Selain itu, pertandingan sebegini juga dapat melahirkan bakat-bakat tempatan dalam keselamatan dan risikan siber,” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

Pasukan CyberX 0x1 dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diwakili pelajar jurusan Sarjana Muda (Rangkaian Komputer dan Keselamatan), Saleh Mohamed Ahmed Abdelaal, 21, dan Anas Roubi Abdelsattar Roubi Nasr, 21, dinobatkan sebagai juara iHack 2022. Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,500.

Naib juara dimiliki pasukan Cincai dari Universiti Multimedia (MMU) yang diwakili Tee Ee Yang, 22, Wang Teng Zheng, 21 dan Choo Chi Siang, 19 sekali gus meraih wang tunai berjumlah RM2,500.

Pasukan L4P4Q dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam yang terdiri daripada Muhammad Awis Qirani Zamani, 23, Muhammad Hariz Tarmizi, 22 dan Noor Raihan Abd Rahim, 20, menduduki tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM1,500.

Ketiga-tiga pasukan turut membawa pulang hadiah iringan Apple iPad Wifi 10th Generation 256GB.

Kesemua hadiah disampaikan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Artikel berkaitan

100 sukarelawan UiTM pupuk kesedaran golongan OKU

Techlympics 2022 anjuran FSKM UiTM Machang tarik minat pelajar aliran agama dalam bidang robotik

Sertai misi kemanusiaan, majlis konvokesyen pelajar UiTM diraikan di Afghanistan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok