2022-10-05. Perasmian Karnival STEM-33
2022-10-05. Perasmian Karnival STEM-33

Karnival STEM UMP terap budaya pemikiran saintifik, kreatif dan inovatif

Adlan Farhan Azwan
07 Oct 2022 11:23am
A
A
A

Dalam usaha menerapkan budaya pemikiran saintifik, kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar, Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini telah menganjurkan Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang berjaya menarik minat lebih 1,000 pelajar sekolah di sekitar negeri Pahang.

Karnival yang berlangsung sepanjang bulan Oktober ini akan memberi peluang kepada para pelajar untuk mengikuti program berteraskan STEM antaranya Kebun IoT, Treasure Hunt, SD Modeling and Printing, Drone Assembly Workshop, STEM Digital Storytelling, Alarm@UMP, Underwater Robotics dan Robotics With Lego.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Abdul Rahman, pendidikan STEM menjadi keutamaan kepada pihak sekolah dan universiti ke arah memperkukuhkan bidang tersebut dalam kalangan generasi muda pada masa akan datang.

Dr Abdul Aziz berucap semasa Majlis Perasmian Karnival STEM UMP, baru-baru ini.

“Pendidikan STEM juga turut menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

“Pembangunan komponen ini dilihat dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah kompleks.

“Dunia hari ini berdepan dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang memerlukan generasi berpengetahuan tinggi dan berkeupayaan menghadapi cabaran teknologi baharu yang lebih canggih,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival STEM di Dewan Serbaguna UMP, baru-baru ini.

Jelasnya, pelbagai program dilaksanakan UMP dalam usaha meningkatkan bakat muda dalam bidang kecerdasan buatan (AI), robotik, kod, dron dan juga dalam bidang teknologi baharu.

“Bidang STEM ini merupakan bidang ilmu yang berpaksikan teknologi dan program ini dapat membudayakan nilai teknologi serta menanam sikap ingin tahu mengenai sesuatu inovasi,” tambahnya.

Sementara itu, Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Ts Dr Yuserrie pula berkata, dalam era moden ini perkembangan teknologi dalam aspek kehidupan sentiasa bergerak ke hadapan.

“Seiring dengan matlamat universiti sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) yang berteraskan kejuruteraan dan teknologi, UMP melihat STEM sebagai platform terbaik untuk memperkasakan agenda ini supaya ia dapat menarik minat generasi muda dan seterusnya menjadikan UMP sebagai institusi pilihan untuk menyambung pengajian mereka pada masa akan datang,” ujar beliau.

Artikel berkaitan

50 sukarelawan KILAU UMP tanam 400 pokok di Tasik Chini

Penggunaan teknologi interaktif bantu tarik minat pelajar dalam bidang STEM

Bidang STEM, UMT komited tingkat minat pelajar sekolah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok