HomeIPTBuletin IPTMemacu keunggulan penyelidikan dan inovasi dunia: UTeM penganjur bersama Malaysia Technology Expo...

Artikel Berkaitan

Memacu keunggulan penyelidikan dan inovasi dunia: UTeM penganjur bersama Malaysia Technology Expo Virtual 2022

Kepakaran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menyerlah dan sekali lagi terpilih sebagai penganjur bersama Malaysia Technology Expo (MTE) Virtual 2022 yang akan diadakan pada 21 hingga 25 Mac depan.

MTE Virtual 2022 pada kali ini terus menyaksikan kumpulan pencipta inovasi dari seluruh dunia mengenengahkan hasil ciptaan produk inovasi mereka yang berimpak global dengan jumlah penyertaan memberangsangkan.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Ir Dr Ghazali Omar berkata, berdasarkan kejayaan pada tahun-tahun sebelumnya, UTeM sekali lagi menerajui jawatankuasa penjurian anugerah, International Innovation Awards (IIA).

Baca juga

Pupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak

5 bahan untuk guru gunakan bagi kelas PPKI. Mudah dan senang dapat!

Jelasnya, ia sinonim dengan fungsi dan kepakaran UTeM sebagai sebuah Institusi Peneraju TVET dan selaras dengan hala tuju serta konsep teknologi di universiti memperkasakan industri dan komuniti atau dikenali sebagai TUNAI.

Dr Ghazali yang juga merangkap Pengerusi bagi kategori IIA berkata, secara fokusnya UTeM lebih tertumpu kepada aspek penjurian dan anugerah kepada para peserta yang mengambil bahagian kali ini.

Ujarnya, dari aspek anugerah, MTE Virtual 2022 terus menawarkan pelbagai hadiah menarik yang terdiri daripada rantaian pingat emas, perak dan gangsa serta beberapa anugerah berprestij berupa anugerah khas dari dalam dan luar negara.

“Menyentuh mengenai penjurian pula barisan panel juri adalah dari kalangan tenaga pakar dan profesional yang merupakan ahli-ahli akademik dari universiti-universiti ternama dalam negara manakala sebahagiannya pula terdiri daripada pakar-pakar dari agensi dan sektor industri yang berprofil tinggi peringkat nasional dan rangkaian global,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dari segi kriteria penjurian dan agenda pula telah dibuat perancangan rapi dan tersusun agar pelaksanaanya nanti memenuhi kriteria dan matlamat penganjuran yang telah dihasratkan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Kepada penyelidik di luar sana yang berminat untuk mernyertai ekspo penyelidikan berprestij bertaraf dunia ini maka anda masih berpeluang untuk menyertainya.

MTE 2021 Virtual merupakan anjuran PROTEMP Exhibition and Conferences dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Artikel Terkini