UNIMAP-EMAS_SINARBESTARI-2022
UNIMAP-EMAS_SINARBESTARI-2022

Mohammad Amirul rangkul emas 400 meter Grand Prix Olahraga IPT 2022

nadzarul.amir
24 Dec 2022 05:05pm
A
A
A

Pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam (FKTA) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Mohammad Amirul Baharuddin merangkul pingat emas dalam acara 400 meter(m) pada kejohanan Grand Prix Olahraga IPT 2022 yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, baru-baru ini.

Dia yang mencatatkan masa 52.02 saat menewaskan pesaing Chan Xiu Huin dari Universiti HELP dengan perbezaan catatan masa 25 saat sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai RM200 dan pingat.

Mohammad Amirul turut menyumbang pingat perak dalam acara berpasukan 4x100m dan gangsa masing-masing melalui 400m berpagar serta 4x400m.

Selain Mohammad Amirul, kuartet 4x100m diwakili Mohd Raimi Mustaffa Kamal, Muhammad Faris Kamarzaman, dan Muhammad Izzul Azri Mohd Nasaruddin.

Pengurus Pasukan UniMAP, Harith Ammar Mohd Sobri berkata, UniMAP menghantar lapan atlet pada kejohanan berkenaan yang terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita dalam lima acara.

"Sebanyak 38 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta telah menyertai kejohanan ini yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 dan berakhir 18 Disember lalu.

"Para peserta perlu melayakkan diri dalam empat sirkit terlebih dahulu sebelum layak ke pertandingan akhir dalam kejohanan julung kali diadakan menggantikan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) bagi sukan olahraga," katanya.

Dia menambah, walaupun UniMAP berada pada kedudukan ke-17, ia menjadi medan melayakkan para atlet ke kejohanan lebih berprestij seperti Sukan Sea, World University Games, Sukan Asia dan kejohanan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Artikel berkaitan

Inovasi sisa buangan kulit telur raih pingat emas tertinggi PECIPTA 2022

3 atlet UniMAP wakil negara dalam kejohanan sukan universiti di Thailand

Walau diuji dengan penyakit misteri, Fatini tetap raih 9A SPM, diterima masuk UniMAP


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok