Untitled design
Untitled design

Pasukan penyelidik UUM pilih 12 pelajar sertai projek Sik Gigih. Rezeki mereka!

Roshlawaty Md Raieh
02 Nov 2021 01:33pm
A
A
A

SINTOK - Seramai 12 pelajar dari daerah Sik, Kedah, dipilih oleh pasukan penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi mengikuti projek Sik Gigih, baru-baru ini.

Projek anjuran UUM dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) merupakan latihan kemahiran percuma yang diberikan kepada belia Kedah yang terpilih.

Ketua Pasukan Perundingan, Prof Madya Dr Rajwani Md Zain berkata, pemilihan mereka sangat tepat dan selaras dengan hasrat UUM dalam membantu dan melahirkan pelajar luar bandar yang berjaya.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof Dr Haim Hilman Abdullah pula berkata, beliau bersetuju apabila Sik dijadikan sebagai daerah angkat dalam membantu anak-anak muda di kawasan luar bandar berjaya dalam pelajaran.

Baca juga 15 tip bentuk anak berguna cara Dr Sheikh Muszaphar, ibu bapa perlu beri perhatian

Baca juga Ingin menjadi seorang usahawan-pelajar? Ini rupa-rupanya cara yang boleh dilakukan

“UUM bukan sahaja memberi penekanan untuk pelajar menjejakkan kaki ke menara gading tetapi juga mahu melihat penduduk di situ terutama golongan belia yang tidak terpilih ke universiti mendapat pendidikan kemahiran.

“Dengan pemilihan mereka ini dalam mengikuti program kemahiran bersama ABM dan KEDA, diharap dapat membantu penduduk sekitar,” kata Prof Dr Haim Hilman.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ABM Wilayah Utara, Mohd Nazri Zakaria berkata, latihan kompetensi kemahiran secara percuma ini diberikan kepada golongan B40 yang berumur 18 hingga 35 tahun yang menetap di Kedah.

“Seramai 120 pelajar terpilih untuk mengikuti latihan ini selama sebulan termasuk 12 pelajar yang dipilih UUM untuk kursus penghawa dingin, perpaipan bangunan, operasi pengecatan dan pembagasan (blasting), pemasangan paip gas dan teknologi binaan bangunan,” ujarnya.

Selain Prof Madya Dr Rajwani, pasukan perundingan ini turut disertai Prof Madya Dr Zarina Mat Saad, Dr Fatimah Zailly Ahmad Ramli, Dr Azlin Hilma Hilaluddin dan Sharima Ruwaida Abbas.

UUM yang ditubuhkan pada 16 Februari 1984 merupakan universiti awam (UA) yang keenam di Malaysia dan telah ditetapkan untuk mengkhusus dalam bidang sains pengurusan sejak awal penubuhannya.

Universiti ini terletak di Sintok, Kedah, sekitar 47 kilometer (km) di utara ibu negeri Alor Setar dan 10 km dari sempadan Malaysia-Thailand.

Objektif utama penubuhan UUM adalah untuk melatih dan melahirkan kumpulan profesional yang sangat diperlukan dalam bidang perniagaan, pengurusan dan sains sosial untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Program akademik di UUM bertujuan untuk menyediakan spektrum pengetahuan akademik dan keterampilan intelektual yang luas dalam bidang perniagaan, pengurusan, ekonomi, pentadbiran awam, pemerintahan dan undang-undang, pekerjaan sosial, pendidikan dan sains pengurusan saintifik.

Selain itu, universiti ini turut melaksanakan ekosistem penyelidikan yang meluas, mempromosikan budaya penerbitan ilmiah dan menjadikan institusi ini relevan kepada masyarakat di luar kampus melalui pembangunan sosial, ekonomi dan intelektual yang berterusan dengan bersungguh-sungguh.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok