Untitled design (90)
Untitled design (90)

Pencarian Murid Pintar dan Berbakat kini dibuka

Azleenda Sahaludin
26 Jan 2023 05:38pm
A
A
A

Setiap tahun Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan sebuah program Pencarian Murid Pintar dan Berbakat yang bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pemimpin bertaraf dunia dalam pendidikan pintar. 


Program berkenaan yang menyediakan pengalaman holistik buat pelajar pintar dan berbakat adalah salah satu usaha membentuk generasi yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan sejagat. Untuk itu, program yang diadakan semasa cuti persekolah ini telah membuka penyertaannya kepada semua pelajar berusia lapan hingga 15 tahun di seluruh negara.


Setiap pelajar yang terpilih berpeluang merasai pengalaman pendidikan yang mencabar dan berteknologi tinggi menerusi kurikulum rigorous iaitu selaras dengan keperluan serta kognitif pelajar. Bagaimanapun, pelajar yang berminat menyertai program berkenaan perlu melalui dan melepasi Ujian Saringan yang terbahagi kepada tiga bahagian antaranya UKM1, UKM2 dan UKM3 sebelum ditawarkan ke Program Pendidikan Menengah Pintar dan Berbakat. Kini ujian UKM1 telah dibuka penyertaannya secara dalam talian bermula 1 Februari lalu hingga 31 Mei ini yang meliputi pelajar pelbagai bangsa berumur sembilan hingga 15 tahun, manakala pelajar beragama Islam pula seawal usia lapan hingga 15 tahun. Ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengambil ujian ini atau mendaftar secara berkelompok di sekolah boleh terus melalui laman sesawang http://ukm1.geniuspintar.ukm.my. Pelajar yang telah berjaya serta lulus ujian saringan UKM1 dan UKM2 akan ditawarkan mengikuti Program Pengayaan Cuti Sekolah (PPCS) sama ada di Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM atau di Kolej GENIUS Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). PPCS ini akan dijalankan selama dua hingga tiga minggu melibatkan aktiviti pengayaan berpaksikan Sains, Tekonologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Malah terdapat lebih 30 aktiviti pengayaan yang turut ditawarkan antaranya kelas robotik, crime scene investigation, genetic engineering, young physicist, fast-paced biology, star rangers dan pelbagai lagi. Bagi pelajar 11 hingga 12 tahun yang lulus semua ujian saringan pula akan ditawarkan mengikuti Program Menengah Pintar dan Berbakat berdasarkan kecenderungan mereka di antara tiga buah sekolah yang terpilih iaitu Kolej GENIUS@Pintar Negara (KGPN) di Kampus Seremban, Negeri Sembilan; Kolej GENIUS Insan (KGI) di USIM, Nilai, Negeri Sembilan dan Akademi Sains Pendang (ASP) di Kedah. Bagi kategori ini, mereka yang terpilih berpeluang untuk meneroka bidang yang diminati menerusi program-program pengayaan seperti olympiad, genome to space; DNA barcoding sequencing dan astrophysics, F1 in schools, robotic dan lain-lain. Malah menerusi program ini jug, bakat dan potensi pelajar dapat digilap sepenuhnya sehingga ke tahap maksimum. Apa yang lebih menarik adalah mereka turut berpeluang menjalankan penyelidikan dengan bimbingan daripada pakar atau profesor di universiti serta menerbitkan hasil penyelidikan tersebut dalam jurnal atau prosiding bersama mentor. Selain itu, pelajar yang terpilih menyertai program ini juga berpeluang melanjutkan pengajian ke universii terbaik dunia dan universiti Ivy League. Artikel berkaitan 3 universiti awam kongsi berita gembira menerusi penyertaan di PECIPTA 2022 COMSAT 2022 berjaya tarik 150 penyertaan seluruh dunia Penyertaan ASSSB SK Sungai Bagian, hasil kecemerlangan murid


 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok