MMU-NANGIS-SINARBESTARI-2022
MMU-NANGIS-SINARBESTARI-2022

Penerima Anugerah Canselor titis air mata kenang ayah meninggal dunia

nadzarul.amir
14 Dec 2022 09:38am
A
A
A

Penerima Anugerah Canselor Universiti Multimedia (MMU) tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata ketika berucap pada Majlis Konvokesyen MMU 2022 di Dewan Tun Canselor, MMU, Cyberjaya baru-baru ini.

Siti Jamila Syuhada Jailani berkata, dia tidak dapat menahan kesedihan mengenangkan arwah ayah yang tidak dapat berada di sisi melihat kejayaan berkenaan.

Dia menjelaskan, ayahnya meninggal dunia beberapa minggu sebelum menduduki peperiksaan akhir pada Julai lalu.

“Bila saya terkenangkan perkara ini, ia amat menyayat hati. Tidak pernah saya bayangkan tempat duduk kosong di sebelah ibu.

"Saya masih berharap agar ayah akan berada di sini untuk meraikan kejayaan ini dan berkata, kakak, ayah sangat bangga dengan kakak," ujarnya.

Bagaimanapun, sambil mengesat air mata yang membasahi pipi, graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan itu memberitahu ia tidak akan berlaku.

Siti Jamila Syuhada bersyukur mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibu bapanya yang sentiasa memberi dorongan dan inspirasi untuk melakar kejayaan berkenaan.

Dia merupakan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar wanita pertama di MMU, dan pernah mewakili Malaysia untuk Parlimen Komanwel Belia Ke-11 2022 dan kini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bawal Exclusive Sdn. Bhd.

Bapanya, Allahyarham Datuk Jailani Ngah, adalah bekas Setiausaha Politik di Jabatan Perdana Menteri.

Artikel berkaitan

200 penuntut MMU teruja terima gajet Program PerantiSiswa

“Senario konvokesyen sekali dalam seumur hidup,” Presiden MMU

Atlet MMU banggakan Malaysia dengan 5 emas di Thailand


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok