Raih 10 pingat, UTeM menang besar di ITEX 2022
Raih 10 pingat, UTeM menang besar di ITEX 2022

Raih 10 pingat, UTeM menang besar di ITEX 2022

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
09 Jun 2022 09:47pm

Menang besar. Itulah yang dapat diberikan kepada sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) apabila berjaya meraih tujuh pingat emas dan tiga pingat perak pada pertandingan 33rd International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2022) di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Naib Canselornya, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin, UTeM mencapai kemenangan 100 peratus apabila semua produk inovasi yang dipertandingkan mencapai kemenangan hingga membanggakan universiti.

Ujarnya, UTeM menetapkan penyertaan dalam pameran itu terdiri daripada kumpulan produk inovasi yang memberikan impak langsung kepada industri dan masyarakat serta komuniti dunia.

“Konsep penyertaan UTeM juga mengetengahkan produk yang dapat melonjakkan keupayaan penyelidikan berimpak tinggi di samping memberikan penyelesaian kepada permasalahan semasa di peringkat industri dan komuniti dunia.

“Tahniah kepada semua penyelidik atas pencapaian tersebut. Dengan pengiktirafan ini, diharapkan mereka akan terus menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi universiti serta memartabatkan nama UTeM di persada kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, produk inovasi yang memenangi tujuh pingat emas itu terdiri daripada produk Dynamic Roll Instability Warning Device For Commercial Vehicles yang diketuai penyelidik Ir Ts Dr Mohamad Hafiz Harun; Bio-Dur Packaging diketuai penyelidik Dr Ridhwan Jumaidi; Labah Air diketuai penyelidik Ts Mohd Idain Fahmy Rosley dan Rullzz Precision Cutter diketuai penyelidik Ts Dr Syahrul Azwan Sundi @ Suandi.

Seterusnya, adalah produk Cone Wedge Mechanism Based Electronic Mechanical Brake diketuai penyelidik Ts Dr Fauzi Ahmad; Smart Recycle Trash Bin System diketuai penyelidik Ir Ts Dr Anuar Mohamed Kassim dan Smart Moine Aeration System diketuai penyelidik Dr Mohamad Faizal Baharom.

Manakala bagi pingat perak pula, produk inovasinya dimenangi menerusi Remote Laboratory System For Online Learning; Ar-Ecoprenuer: Ultra Vires dan Multi-Language Document Reader (Mldr) For Visual Impairment People.

Artikel berkaitan 

Panduan menghasilkan minit mesyuarat yang tepat dan lengkap

5 tip pemakaian guru yang sesuai dipakai ke sekolah

Jurulatih Lili Murnni kongsi tip jadi atlet bola jaring berjaya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp