upm2
upm2

Seluhur Budi, Sekalung Kasih Meraikan 50 Tahun UPM

webadmin
05 Aug 2022 01:43pm
A
A
A

SERDANG – Selepas dua tahun negara ‘sunyi’ daripada sebarang aktiviti akibat daripada penularan Covid-19, akhirnya tahun ini Universiti Putra Malaysia kembali mengajurkan Majlis Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming XI.

Dengan bertemakan Seluhur Budi, Sekalung Kasih, program yang dianjurkan oleh Pusat Perhubungan Alumni dengan kerjasama Persatuan Alumni UPM (PAUPM) ini akan berlangsung pada 1 Oktober ini di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

Homecoming XI merupakan program tradisi UPM bagi menyambut dan meraikan kepulangan alumni ke alma mater bertujuan memupuk semangat kebersamaan dalam ‘Sederap Melangkah Menuju Al-Falah’.

Pertemuan para alumni dalam majlis ini bagi memenuhi Aspirasi Naib Canselor 2022 yang ke-11 iaitu ‘Melibat sama Alumni untuk Kelangsungan Universiti’ bagi memacu kecemerlangan institusi sebagai sebuah Menara Ilmu.

Selain itu, majlis ini juga bakal mengumpul dan menemukan kesemua alumni UPM untuk bertukar idea dan kepakaran bukan sahaja untuk jaringan hubungan alumni itu sendiri malahan juga untuk kemajuan universiti mendepani cabaran membawa hala tuju universiti ke tahap yang lebih tinggi dan tersohor.

Program yang telah diadakan sejak 2001 ini, turut dimasukkan dalam kalendar program Majlis Kemuncak Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM di mana selain menghadiri majlis ini, penyertaan daripada kesemua alumni UPM, rakan universiti, badan korporat, pemegang taruh dan individu yang berminat dialu-alukan untuk menyumbang.

Penganjuran majlis kali ini juga dilihat bertepatan untuk meningkatkan pendanaan bagi pemberian biasiswa, dermasiswa dan bantuan kewangan pelajar terutama pelajar dalam kalangan B40, asnaf dan juga pelajar Orang Kurang Upaya (OKU).

Keberangkatan Tuanku Canselor UPM, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ke majlis ini juga bukan sahaja sebagai tanda sokongan tetapi turut menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga UPM dan alumni untuk sama-sama hadir meraikan majlis yang penuh gilang gemilang ini.

Artikel berkaitan

Alumni UPSI berkumpul di Sabah sempena sambutan 100 tahun

Sumbangan alumni Kolej Pertanian Malaya 1972, tanda prihatin UPM kepada pelajar

Bina sinergi alumni dan alma mater akan perkukuh universiti awam


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok