306664201_466060798893542_5427103079563506567_n
306664201_466060798893542_5427103079563506567_n

Semakan keputusan permohonan UA lepasan STPM sesi 2022/2023 bermula 25 September ini

Adlan Farhan Azwan
20 Sep 2022 09:18am
A
A
A

Bagi pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 atau yang setaraf dengannya, anda pasti sudah ternanti-nanti keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) dengan penuh debaran.

Sehubungan itu, pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke UA bagi program pengajian lepasan STPM atau setaraf untuk sesi akademik 2022/2023 boleh mula menyemak keputusan bermula 25 September ini.

Poster maklumkan daripada pihak KPT.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan, keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai 25 September pada pukul 12 tengah hari sehingga 4 Oktober ini pada pukul 5 petang.

Berikut merupakan laman sesawang yang boleh digunakan untuk melakukan semakan

1. https://jpt.utm.my

2. http://jpt.uum.edu.my

3. https://jpt.unimas.my

4. http://jpt.ums.edu.my

5. http /jpt.umt.edu.my

Selain itu, para pelajar juga boleh memuat turun aplikasi UPUPocket yang terdapat di Google Play Store bagi peranti Android dan App Store bagi peranti iOS untuk membuat semakan menggunakan telefon pintar.

Jelas kenyataan itu lagi, pengesahan penerimaan atau penolakan tawaran pula akan bermula pada 26 September sehingga 4 Oktober ini melalui laman sesawang rasmi UA.

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 September ini setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, turut dimaklumkan hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran program pengajian sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dalam tempoh 10 hari mulai 25 September pukul 12 tengah hari sehingga 4 Oktober ini pukul 5 petang.

Tawaran tempat bagi sesi akademik 2022/2023 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA adalah tidak dibenarkan.

Artikel berkaitan

Pelajar cemerlang SPM berat hati sambung belajar

Dilema ingin sambung matrikulasi atau diploma di IPT

Perpustakaan IPTA/S yang tercantik di seluruh negara


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok