Kolej Matrikulasi ditubuhkan oleh Najib
Kolej Matrikulasi ditubuhkan oleh Najib

Dilema ingin sambung matrikulasi atau diploma di IPT

Rasyidah Zulkifi
24 Mar 2022 05:53pm
A
A
A

Tamat sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pastinya ramai yang sedang memilih institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menyambung pengajian.

Ada yang berpendapat belajar di kolej matrikulasi lebih menjamin masa depan berbanding menyambung diploma di universiti, namun, ada yang sebaliknya.

Secara umumnya, pengajian di peringkat matrikulasi dan diploma mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Pengajian Matrikulasi

Matrikulasi merupakan program prauniversiti yang diwujudkan Kementerian Pendidikan (KPM) sejak tahun 1998.

Inisiatif tersebut adalah persediaan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda.

Program matrikulasi merupakan cetusan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjawat jawatan Menteri Pendidikan ketika itu.

Kolej Matrikulasi ditubuhkan oleh Datuk Seri Najib semasa menjadi Menteri Pendidikan.

Pelajar program berkenaan sebelum ini ditempatkan di Kolej Yayasan Pendidikan MARA, Bangi, Selangor sementara Kolej Matrikulasi KPM disiapkan.

Tempoh belajar di matrikulasi umumnya memakan masa pendek iaitu satu tahun sahaja atau dua semester.

Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi di https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm.

Sekiranya pelajar tamat sijil dengan Penilaian Gred Nilai Kumulatif (CGPA) cemerlang, maka mereka layak memohon pekerjaan bermula dengan gred G29.

Jurusan pula terhad kepada empat bidang iaitu sains, kejuruteraan, perakaunan dan perakaunan profesional.

Bantuan sara hidup akan diberikan kepada pelajar yang layak, yuran pengajian dan penginapan juga percuma.

Sijil program matrikulasi KPM diiktiraf universiti dalam dan luar negara.

Bekas pelajar matrikulasi juga berpeluang mendapat laluan khusus kerjaya ke perkhidmatan awam.

Bagi yang ingin menyambung ke peringkat sarjana muda, mereka memakan masa empat ke enam tahun bagi melengkapkan program.

Diploma universiti dan politeknik

Pengajian di peringkat diploma ditawarkan institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

Lazimnya, pelajar lepasan SPM memakan tempoh dua ke tiga tahun bagi menamatkan program diploma dengan lengkap.

Sejak pandemik Covid-19 melanda, UPUOnline tidak memerlukan no pin Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kaedah pembelajaran pula lebih perlahan berbanding program matrikulasi KPM yang laju.

Permohonan boleh dibuat secara UPUOnline atau laman web rasmi universiti.

Tawaran diploma adalah umum terdapat dalam pelbagai jurusan termasuk sains tulen, sastera dan sebagainya.

Namun begitu, pelajar tidak akan menerima biasiswa, jadi, mereka perlu memohon pinjaman pendidikan untuk kelangsungan hidup di IPT.

Setiap pemilik diploma walaupun dengan keputusan sederhana layak menjawat jawatan dengan gred bermula G29.

Ini kerana sijil mereka diiktiraf mana-mana syarikat kecil atau besar berbanding pelajar matrikulasi.

Selepas tamat diploma, pelajar boleh bekerja dahulu jika mahu mencari pengalaman sebelum menyambung ke peringkat sarjana muda.

Artikel berkaitan 

Terpilih sebagai Felo Perdana, 4 anak muda Malaysia tak sabar berkhidmat untuk negara

7 ancaman internet, guru dan pelajar perlu lebih berhati-hati

4 guru KV Keningau lakar kejayaan di Amerika Syarikat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok