2 penuntut Unisel terima Anugerah Khas Per­dana Menteri
2 penuntut Unisel terima Anugerah Khas Per­dana Menteri

2 penuntut Unisel terima Anugerah Khas Per­dana Menteri

Roshlawaty Md Raieh
05 Dec 2022 06:47pm
A
A
A

Dua penuntut Universiti Se­langor (Unisel) dipilih sebagai pe­nerima Anugerah Khas Per­dana Menteri buat ju­lung kalinya pada Istiadat Konvokesyen Unisel ke-16 pada Sabtu.

Penerima anugerah itu ialah graduan Ijazah Doktor Falsafah Komputeran (PhD), Dr Muhammad Fairuz Abd Rauf dan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (kepujian), M Sangetha.

Menurut Muhammad Fairuz, 40, kejayaannya itu adalah berkat doa dan restu ibu, Zainab Sheikh Yusoff, 72, serta isteri, Umi Sofia Saad, 40.

Saya bersyukur kerana dua insan paling istimewa dalam hidup saya tidak pernah putus berdoa dan memberi sokongan serta dorongan untuk saya berjaya,” katanya.

Muhammad Fairuz yang juga pensyarah dan Pengarah Pusat Teknologi Komunikasi dan Informasi Unisel Shah Alam berkata, antara rahsia kejayaannya itu, beliau juga kerap mengamalkan solat sunat tahajud awal pagi.

Seorang lagi penerima anugerah sama, Sangetha, 23, berkata, perasaannya teruja apabila dipilih menerima anugerah itu yang kali pertama diperkenalkan sejak penubuhan Unisel.

Sangetha yang berasal dari Klang memberitahu, semasa mula-mula mengikuti pengajian peringkat ijazah di Unisel empat tahun lalu, dia hanya mahu belajar bersungguh-sungguh.

Saya berhasrat menjadi pelajar terbaik dalam jurusan perakaunan sahaja, tetapi tidak menyangka memperoleh anugerah tertinggi pada konvensyen kali ini.

Terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga, pensyarah serta rakan yang banyak membantu sepanjang menuntut di Unisel Shah Alam,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel berkaitan 

Graduan UUM bawa gambar arwah bapa masa konvo

Ibu kongsi pentas konvo bersama anak, masing-masing raih segenggam PhD dan sarjana di UTM Johor

Suka duka kehidupan 3 graduan OKU yang ramai tidak tahu


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok