WhatsApp Image 2022-11-17 at 5.03.28 PM (2)
WhatsApp Image 2022-11-17 at 5.03.28 PM (2)

UIAM sediakan 50 bas hantar 2,040 pelajar pulang mengundi

Adlan Farhan Azwan
18 Nov 2022 04:09pm
A
A
A

Pejabat Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kesatuan Pelajar UIAM dan Kelab Sahabat Anak Malaysia telah mengambil inisiatif untuk melancarkan Ops Mahasiswa UIAM Pulang Mengundi.

Ia merupakan usaha bagi membantu para pelajar UIAM untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi bersempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Sebanyak 50 buah bas telah disediakan untuk membawa pulang seramai 2,040 pelajar mengikut destinasi-destinasi yang ditetapkan seperti Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Melaka, Pahang, Johor, Perak dan Negeri Sembilan.

Sebilangan pelajar yang sedang menunggu giliran mengikuti negeri masing-masing. Kredit foto: UIAM

Bagi pelajar yang pulang ke Sabah dan Sarawak, UIAM turut menyediakan sebuah van dan tiga buah bas untuk menghantar pelajar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2.

Mereka akan pulang menggunakan bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui usaha sama Persatuan Anak Negeri bagi setiap negeri yang diwakili pelajar.

Ops Mahasiswa UIAM Pulang Mengundi ini berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada 16 November lalu.

Pelajar dari Kulliyah Teknologi Maklumat Komunikasi (KICT), Anis Syaqirah yang pulang ke Manjong, Perak, meluahkan penghargaan kepada semua pihak terutama pihak universiti yang membantu menyediakan kemudahan untuk pelajar.

“Terima Kasih kepada semua yang terlibat, ini adalah kali pertama saya mengundi dan berasa sangat teruja serta lega kerana pihak universiti juga turut membantu kami para pelajar untuk menunaikan tanggungjawab kami,” katanya ketika Majlis Perasmian Ops Mahasiswa UIAM Pulang Mengundi di Gombak, baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Rektor(Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti) UIAM, Profesor Dr Akmal Khuzairy Abd Rahmani berkata, Ops Pulang Mahasiswa Mengundi yang dijalankan ini adalah untuk memudahkan para pelajar untuk pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

“Kebanyakkan mereka ini adalah para pengundi yang rata-rata adalah pertama kali untuk mengundi, jadi dengan adanya inisiatif yang dijalankan ini, ia sedikit sebanyak dapat mempermudahkan perjalanan mereka untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara,” jelasnya.

Artikel berkaitan

PRU15: SPR kongsi langkah semakan masa mengundi dan keluar mengundi digalakkan

Tambang pulang pelajar IPT mahal, SPR diharap guna pendekatan undi pos

PRU15: Etika pemakaian ketika mengundi, ini yang perlu guru dan mahasiswa ambil tahu


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok