Untitled design (39)
Untitled design (39)

USM buka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kepada masyarakat setempat

Azleenda Sahaludin
22 Dec 2022 04:46pm
A
A
A

Situasi banjir di tiga negeri Pantai Timur dilihat semakin buruk dan berada pada tahap membimbangkan apabila jumlah mangsa bencana yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semakin meningkat.

Dalam usaha mengatasi masalah tersebut, Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan, dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) dan Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Centre) telah bersiap siaga menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Zulkifli.

Pengarah Pembangunan Bakat (TDC), Zulkifli Che Hussin berkata, pihaknya telah mula menyediakan bantuan makanan sejak 19 Disember lalu apabila keadaan cuaca semakin buruk sehingga menyebabkan bekalan makanan terputus.

Pusat Islam serta sukarelawan yang terlibat telah menyediakan bantuan makanan kepada hampir 2,000 petugas dan pelajar yang terjejas.

Zulkifli turut memaklumkan, USM juga membuka PPS di dalam kampus kepada komuniti setempat terutamanya pesakit yang baru sahaja keluar daripada hospital dan tidak boleh pulang ke rumah disebabkan sekatan bencana tersebut.

Katanya, walaupun PPS ini dibuat di dalam kampus USM namun ia tetap dibuka kepada masyarakat setempat yang terkesan dan hilang tempat tinggal disebabkan bencana banjir ini.

Selain bantuan penempatan, hospital USM (HUSM) juga akan mula beroperasi sepenuhnya sepanjang bencana berlaku.

“Ini antara inisiatif yang kita sediakan kepada masyarakat setempat memandangkan banjir bukan sahaja melibatkan kerosakan harta benda malah turut menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

“HUSM juga siap sedia menghulurkan bantuan perubatan kepada hospital-hospital lain yang berdepan dengan masalah sekatan banjir,” katanya kepada Sinar Bestari ketika dihubungi, baru-baru ini.

Sebelum ini, USM telah menganjurkan kursus pengendalian bencana banjir yang melibatkan sukarelawan dalam kalangan pelajar serta staf universiti terbabit.

Artikel berkaitan

Sukarelawan USM siap sedia misi bantuan banjir

Penghidap autisme penerima Anugerah Pingat Emas USM

USM Outshine beri pendedahan tentang kemudahan asrama di luar negara


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok