WhatsApp Image 2021-10-29 at 3.11.52 PM
WhatsApp Image 2021-10-29 at 3.11.52 PM

UTeM masyhurkan keunggulan bahasa Melayu merentas benua menerusi KBBK 2021

webadmin
05 Nov 2021 01:16pm
A
A
A

MELAKA - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) masyhurkan keunggulan bahasa Melayu merentas benua menerusi Karnival Bulan Bahasa Kebangsaan (KBBK) 2021 yang diadakan secara dalam talian.

KBBK 2021 yang diadakan pada 8 hingga 28 Oktober lalu, merupakan anjuran Pusat Pembelajaran Bahasa (PPB) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Canselori (PPPC), UTeM.

Pengarah Program KBBK 2021 yang juga Guru Bahasa Kanan, PPB, UTeM, Noorsaiyidah Suradi berkata, antara objektif program adalah untuk menjadi platform bagi memperkukuhkan penguasaan dan kecintaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar dan staf UTeM di samping memperhebatkannya di persada dunia.

Jelasnya, pada kali ini program KBBK 2021 diisi dengan 11 program menarik berelemen hebat ke arah menyerlahkan kemasyhuran dan keunggulan bahasa Melayu merentas sempadan dunia.

“Antaranya adalah slot bual bicara 'Bahasa Melayu Merentasi Benua, Dirgahayu Bahasaku' yang dijayakan tetamu jemputan dari Rusia, Amerika Syarikat (USA) dan Jepun.

“Turut diisi adalah program pertandingan deklamasi sajak melibatkan peserta yang terdiri daripada pelajar antarabangsa UTeM,” ujarnya.

Baca juga 5 eksperimen sains menarik untuk pelajar cuba di rumah

Baca juga Gabungan kemahiran dalam seunit robot mampu melahirkan individu berfikiran aras tinggi

Kelainan KBBK 2021

Menyentuh mengenai kelainan lain bagi penganjuran kali ini Noorsaiyidah berkata, KBBK 2021 buat julung kalinya menganjurkan Pertandingan Berbalas Pantun Terbuka Piala Pusingan Dekan-Dekan UTeM.

Juara sulung bagi pertandingan tersebut dirangkul oleh kumpulan Awang Daik yang merupakan staf dari Pusat Tanggungjawab Canselori, UTeM.

Sementara itu, Pengarah PPPC, Fazidah Ithnin berkata, penganjuran kali ini secara umumnya mencapai objektif yang diharapkan dan semarak kemasyhuran bahasa Melayu meresapi bukan hanya dalam kalangan warga UTeM dan negara kita malahan merentasi global.

Katanya, hal ini turut berjaya mengimbau kembali betapa masyhurnya bahasa Melayu menjadi alat komunikasi dan pertuturan ramai suatu ketika dahulu sewaktu zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Mengulas lanjut beliau berkata, program dan pengisian KBBK 2021 turut berjaya mencungkil bakat dan kreativiti dari kalangan para peserta yang terdiri daripada kalangan staf dan juga pelajar.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Dalam pada itu, Dekan PPB, UTeM, Dr Mohd Fauzi Kamarudin dalam ucapan penutup KBBK 2021 peringkat UTeM berkata, menjadi tanggungjawab dan pentingnya kita bersama memartabatkan bahasa kebangsaan.

“Saya menyeru agar setiap warga pendidik untuk bersama meningkatkan bahasa kebangsaan dan menambahbaik penggunaan bahasa kebangsaan yang kita cintai ini,” katanya.

Kesempatan itu Dr Fauzi turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa KBBK, peserta dan pemenang serta seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan KBBK 2021 itu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok