Video Mahasiswa B40 berbisnes tanpa modal di IPT raih pendapatan T20
Video Mahasiswa B40 berbisnes tanpa modal di IPT raih pendapatan T20

(VIDEO) Mahasiswa B40 berbisnes di IPT raih pendapatan T20

Rasyidah Zulkifi
09 Jun 2022 09:05pm
A
A
A

Berbisnes merupakan satu jalan bagi kebanyakan mahasiswa B40 untuk keluar dari kepompong kemiskinan ketika menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).

Ada yang berjaya menjadi jutawan di usia muda walaupun masih belum menamatkan pengajian selengkapnya.

Ini kerana mereka bekerja menjadi ejen produk yang tidak mengenakan caj modal ketika mula-mula berniaga.

Begitulah yang dilakukan mahasiswa jurusan keusahawanan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Sarihan Mustapha, 20, yang dahulunya seorang asnaf sehingga kini berjaya menukar taraf kehidupan menghampiri standard T20.

Menceritakan kisah kehidupannya, tamat sahaja persekolahan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sarihan mengubah nasib keluarga untuk hidup senang dengan berbisnes.

“Pada masa itu saya memasuki usia 18 tahun dalam proses pendaftaran di matrikulasi.

https://www.tiktok.com/@sarihansss/video/7089723231044701466?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7106771069843015170

“Saya mula berdaftar sebagai ejen satu produk dan tiga bulan selepas itu berjaya menjana pendapatan empat angka. 

“Pendapatan yang diperoleh membuatkan saya mampu berbelanja RM1,000 dan memberi duit belanja RM1,000 kepada mak,” katanya yang pernah meraih keuntungan sehingga RM9,000 ketika berusia 19 tahun.

Menurut anak kelahiran Bachok, Kelantan itu lagi, dia bergembira apabila pensyarah turut memberi sokongan yang padu pada bisnes yang dilakukan walaupun mempunyai jadual belajar yang padat.

Hal ini disebabkan Sarihan merupakan salah seorang pelajar ‘fast track’ dalam aliran Sains yang diberikan waktu singkat untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang.

“Semangat itu saya dapat kerana sudah berjanji dengan diri untuk mengubah nasib diri dan keluarga di samping tidak mahu mereka berstatus asnaf.

“Jadi, sibuk atau tidak saya tetap menjalankan perniagaan sebagai ejen walaupun ketika musim peperiksaan,” kongsinya.

Dalam pada kesibukan itu juga, Sarihan berjaya mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.74 walaupun jadual hariannya padat.

Terdahulu, video berdurasi 13 saat yang tular di platform TikTok miliknya mengenai perniagaan semasa bergelar B40 di IPT ditonton lebih 139,000 pelayar.

Sumber : Mstar 

Artikel berkaitan 

Agih 1,000 kelengkapan sekolah, keluarga B40 Kuala Lumpur dapat bantuan

UMK wujud Jaringan Keusahawanan dan Kepimpinan Wanita, perkasa keusahawanan wanita

Menang Anugerah Siswa Johor Terbaik Keusahawanan, pelajar UTM kongsi rahsia kejayaan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok