adi-puta-ab
adi-puta-ab

3,000 pelajar, guru ‘banjiri’ pawagam, tidak lepaskan peluang tonton filem Mat Kilau

Adlan Farhan Azwan
28 Jun 2022 06:19pm
A
A
A

Sejak seminggu yang lalu, hampir semua panggung wayang di seluruh negara dipenuhi dengan orang ramai disebabkan fenomena filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof yang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Setakat ini, filem yang dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Adi Putra, Beto Kusyairy, dan Fattah Amin telah berjaya meraih lebih RM12 juta hanya selepas empat hari tayangan.

Ia membuktikan bahawa filem yang mengangkat sejarah dan budaya negara mampu bersaing dengan filem-filem luar negara sekiranya pihak produksi mengambil pendekatan yang betul.

Hasilnya, filem tersebut dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tidak kira umur, bangsa atau agama, di samping menambah ilmu pengetahuan dan memupuk semangat cintakan negara.

Baru-baru ini, YAM Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al Haj Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah telah menaungi Program Tayangan Amal Patriotik Filem Mat Kilau.

Ia merupakan detik bersejarah kerana program ini merupakan tayangan amal terbesar yang melibatkan hampir 3,000 pelajar dan warga pendidik.

Program tayangan amal ini berlangsung pada pada 27 dan 28 Jun 2022 bertempat di GSC Capital Mall, Kuantan, Pahang.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Pahang, Datuk Seri Ab Hamid Nazahar.

Ab Hamid (kiri) bersama Adi Putra (kanan) semasa Program Tayangan Amal Patriotik Filem Mat Kilau.

Beliau berkata, tayangan amal ini penting bagi meniup semangat mempertahankan negara tercinta dalam kalangan anak muda.

Dalam pada itu, pelajar serta guru-guru tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bergambar dengan pelakon utama, Adi Putra yang juga hadir pada program tersebut.

Hasil daripada program ini, pelajar dapat mempelajari tentang sejarah dan budaya negara dengan berkesan berbanding belajar di dalam kelas.

Artikel berkaitan

6 peraturan baharu dalam sukan silat

7 tip menjadi atlet silat yang berjaya

Pesilat perlu berani, kuasai kemahiran menerusi latihan berterusan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan