Siti Nur Izatul Mohd
Siti Nur Izatul Mohd

Ayah ‘pak guard’, ibu tukang cuci, penguat semangat untuk gadis ini sambung bidang kedoktoran

Rasyidah Zulkifi
11 Oct 2022 05:32pm
A
A
A

Kadangkala kesusahan dalam kehidupan dijadikan batu loncatan bagi seseorang untuk mencapai kejayaan di peringkat menara gading.

Ini kerana pelajar-pelajar menyedari tanggungjawab sendiri untuk mengubah nasib keluarga yang sudah tersemat dalam diri.

Teladan ini dapat dilihat pada diri Siti Nur Izatul Mohd, 19, yang membina semangat diri untuk menyambung program Doktor Perubatan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor dengan inisiatif kerajaan.

Siti Nur Izatul Mohd.

“Saya bersyukur dan berterima kasih dengan penerimaan bantuan ini, memandangkan saya berasal daripada golongan keluarga B40.

“Ayah dan ibu sangat susah, mereka masing-masing bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tukang cuci.

“Itu yang membuatkan saya nekad sebagai anak sulung untuk bantu keluarga saya, oleh itu, saya akan belajar bersungguh agar dapat menjadi seorang doktor selepas tamat pengajian,” katanya dalam satu kenyatan, baru-baru ini.

Sambungnya, jika tiada laluan khas menerusi program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (Sulung), ia agak membebankan keluarganya untuk menanggung perbelanjaan pengajian, tambahan lagi, dalam bidang yang dipohon.

Sementara itu, pelajar Bacelor Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan UPM, Nur Adila Md Yusnizam juga berjaya mendapat tajaan untuk menyambung pengajiannya di universiti berkenaan.

Nur Adila Md Yusnizam.

“Saya merupakan anak ketiga daripada lima beradik bersyukur sangat diberikan peluang untuk menyambung pengajian di UPM dan berharap dapat membantu keluarga untuk keluar dari kepompong kemiskinan,” ujarnya.

Dalam pada itu, UPM terlibat dalam laluan khas program Sulung oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Program ini ditawarkan kepada 10 pelajar cemerlang daripada latar belakang keluarga B40 dan merupakan anak pertama dalam keluarga mereka yang berjaya memasuki universiti di peringkat sarjana muda.

UPM akan menyediakan tajaan dan program ‘mentoring’ bagi memastikan 10 pelajar yang terpilih berjaya dan cemerlang dalam pengajian serta turut menjamin pekerjaan untuk mereka.

Artikel berkaitan 

Anak kelahiran Muar, Florence Tan dilantik Timbalan Ketua Juruteknologi di Nasa, inspirasi kepada pelajar bidang kejuruteraan

Ditinggalkan sejak kecil tanpa taraf kewarganeganegaraan.. Rohana syukur dapat sambung belajar

“Ayah, saya datang. Ini ijazah untuk ayah. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi satu masa dahulu”


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan