ahmad-azwan-azman-iKNrth2nSdQ-unsplash
ahmad-azwan-azman-iKNrth2nSdQ-unsplash

Guru menawan buat pelajar jadi lebih pandai. Betul ke?

Roshlawaty Md Raieh
20 Dec 2021 01:49pm
A
A
A

Menurut laporan sebuah akhbar baru-baru ini, ada dinyatakan bahawa guru-guru yang memiliki rupa paras yang menawan akan menghasilkan keputusan peperiksaan pelajar yang lebih baik dan cemerlang.

Kumpulan penyelidik dari sebuah universiti di Amerika Syarikat yang melakukan kajian itu berkata, keputusan peperiksaan meningkat jika guru yang mengajar memiliki kecantikan dan kejelitaan yang asli.

“Satu ujian telah dilakukan terhadap pelajar di sebuah kolej di mana mereka diminta mendengar satu kuliah audio.

“Kemudian, pelajar-pelajar ini dibahagikan kepada dua kumpulan di mana satu kumpulan diberikan gambar guru yang menawan dan satu kumpulan lagi memegang gambar guru yang berwajah kurang menarik. Keputusan membuktikan bahawa kumpulan pelajar yang diberikan gambar guru cantik mendapat keputusan lebih baik berbanding kumpulan kedua,” kata laporan tersebut.

Dalam pada itu, beberapa pelajar ketika ditemu bual berkata, guru yang menarik dapat menjadikan mereka lebih bermotivasi dan mudah memahami apa yang diajar dan disampaikan.

Bagi membuktikan bahawa perkara ini benar, Sinar Bestari kongsikan beberapa pandangan dan komen menarik warganet seperti yang dipetik dalam grup komuniti di Facebook.

Ini antara komen mereka:

1) Pelajar memang minat dan sayang pada guru yang cantik dan berpenampilan menarik. Alhamdulillah. Tetapi itu tidak bermakna mereka semua tiba-tiba berubah jadi pandai bila setiap hari lihat cikgu melawa dekat sekolah. Kepandaian itu bukan datang bergolek dengan sendirinya tetapi ia perlu diusahakan dan akan dinilai melalui ujian/peperiksaan.

2) Patutlah cikgu saya cantik juga, result saya ok je, hehe. Tidak kisah cantik ke tidak yang penting dapat belajar pun sudah syukur.

3) Kalau macam itu kerajaan kena bagi cikgu pencen awal mengajar sampai umur 40 ja. Ini mengajar sampai umur 60 hendak lawa tang mananya gigi atas bawah pun pakai tak ori. Dengan pencen muda ini jugak maka ramai cikgu baru dalam kalangan guru muda yang cantik-cantik so selesai masalah.

4) Sila makeup.

5) Dalam hadis ada sebut (sesungguhnya ALLAH itu cantik dan menyukai orang-orang yang cantik) maknanya sebagai pendidik haruslah berpenampilan menarik dan tidak menjolok mata. Bagi guru lelaki segak-segak sikit dan guru perempuan dengan kesantunannya tapi zaman sekarang kadang-kadang yang terpekik terlolong ada jugak dalam kalangan guru perempuan maka di sini murid pun hilang mood hendak belajar ada jugak garangnya ala-ala mak tiri mungkin stres kot.

6) Guru di sekolah ada fungsi masing-masing, tidak kira dia cantik atau tidak, garang atau lembut, semuanya melengkapkan antara satu sama lain.

7) Sekarang pelajar pandai ramai tapi pelajar berkualiti SANGAT SEDIKIT.

8) Menarik tidak semestinya berkaitan dengan paras rupa tapi cara penyampaian yang efektif even guru tu nampak biasa jer.

9) Mungkin bukan 100 peratus sebagai guru kena ingat niat nawaitu, mohon ingat dan muhasabah diri insya-ALLAH namun tidak menidakkan.

10) Ada jugak betul sampai boleh jadi idola.

Artikel berkaitan

Khidmat gunting rambut sekolah di Johor dapat sambutan ramai

4 pelajar UTeM buktikan kecemerlangan, raih beberapa anugerah di WorldSkills Malaysia 2021

6 tip kekal selamat semasa menggunakan komputer awam


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan